[TANPA EDIT Dari Blog AKU PEDULI APA] Blog ini dah banyak kali menyentuh tentang SKANDAL LEMBU SHARIZAT DAN KELUARGA LEMBU NYA tapi sehingga sekarang tak ada seekor 'LEMBU' yang menjawap dengan jelas apa yang aku persoalkan.Aku tak mau tahu apa juga angka bla bla bla yang dikeluar oleh 'LEMBU' mana sekali pun bagi pihak Sharizat atau NFC!
Aku juga tak mau tahu RASIONAL disebalik pembelian kondo mewah yang hari ini diketahui hampir RM14 juta dan bukan RM9.8 juta saperti yang di hebuhkan sebelum ini.
Yang aku nak tahu sebelum ini dan sekarang ini...
APA KE JADAH PROJEK BESAR INI BAGI PADA KELUARGA MENTERI YANG SEDANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MASA ITU?
Takkan soalan mudah macam ini semua LEMBU LEMBU ini tak boleh faham? Pusing sana pusing sini duk bagi JAWAPAN KELAS LEMBU kat rakyat.
AKU NAK TANYA SALAH KE TIDAK?AKU NAK TAHU ADA CONFLICT OF INTEREST TAK DALAM ISU PEMBERIAN PROJEK INI KEPADA KETURUNAN SHARIZAT?
Kalau tak salah dan tidak ada CONFLICT OF INTEREST beerti banyak kes kes yang dah didakwa dan dah disabitkan atas Akta Rasuah saperti kes diatas sebelum ini perlu dikaji semula...betul tak?Soal RM250 juta itu aku tak minat nak tahu sebab itu mungkin HARTA WARISAN keluarga Sharizat...sebab itu keluarga dia dapat agak nya?
Dah ramai yang tampil kehadapan membela mengatakan Sharizat tak terlibat dengan NFC dan "lembu lembu" yang menguruskan nya.Sama ada jawapan tu taraf lembu atau kita nak dilembukan?Bukan ke diaorang semuanya LAKI BINI dan EMAK BAPAK?Tak terlibat macam mana..???
Mari kita pusing FAKTA sikit...Katakan LAKI Sharizat jadi Menteri dan projek besar macam ini bagi kat BINI dia Sharizat dan Anak Anak mereka sedangkan LAKI dia berkhidmat dalam Kabinet Perdana Menteri yang menganugerahkan projek ini.Agak agak melompat tak rakyat kalau dapat tahu?Inilah SOALAN yang aku nak LEMBU LEMBU FIDLOT ini semua jawap?
Bukan LAKI dia ada pengalaman jaga lembu sebelum ini pun.Anak anak dia jauh sekali lah.Jadi atas RASIONAL apa projek ini PAK LAH dengan mudah bagi kat keluarga Sharizat.Tak usah duk lari tajuklah...
JAWAPAN TARAF LEMBU KAT SINI
P/S : Jangan ada lak yang kata lidah aku dah macam lidah Pembangkang.Dari segi MORAL pusing kat mana pun tetap SALAH,jadi aku nak kata BETUL macam mana???
Ada ke orang nak sewa One Menerung RM70 Ribu sebulan?
Setahu aku condo paling mahal untuk disewa di Kuala Lumpur ini adalah KLCC Binjai On The Park dan kalau tak silap aku RM10 untuk sekaki persegi.Tapi semalam aku dengar rekod ini dah dipecahkan oleh ONE MENERUNG dengan sewa mencecah RM70 Ribu sebulan.Wowww...!
BINJAI ON THE PARK
Itulah penjelasan LAKI SHARIZAT tentang pelaburan NFC membeli dua unit kondo One Menerung dengan harga mencecah hampir RM14 Juta.Anda nak percaya pun boleh tak mau percaya pun okay je?Tapi penjelasan itu buat ramai AGEN HARTANAH panik dan bengong macam lembu.Sebab ramai PEMILIK kondo One Menerung yang menyerahkan kondo mereka kepada agen untuk disewakan menuntut PERBEZAAN SEWA ini kerana selama ini mereka difahamkan kondo PALING MAHAL JENIS PENTHOUSE yang disewa di One Menerung pun hanyalah RM24 Ribu sebulan.Tapi bila LAKI SHARIZAT dedahkan sewanya RM70 Ribu sebulan semuanya rasa macam di tipu oleh agen agen mereka.
SIAPA AGAKNYA YANG SANGGUP BAYAR SEWA SEMAHAL ITU UNTUK KONDO ONE MENERUNG?Pada aku ada seorang(seekor) je kat bawah ini yang berani....
No comments:
Post a Comment