Friday, November 18, 2011

Negara Islam 1Malaysia : Pertandingan 1/2 Bogel Wanita Melayu Di Kuantan

SEKSI...seorang peserta melakukan aksi ghairah bagi meraih undian penonton.
SEKSI...seorang peserta melakukan aksi ghairah bagi meraih undian penonton.

KUANTAN 18 Nov 11: myMetro hari ini melaporkan, hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

"Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

"Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena ‘Lady’s Nite’ dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50. Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.

"Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.

Begitulah ceritanya.. Kalau orang Melayu dan Islam tidak suka tolak Barisan Nasianal (BN) dalam PRU13 akan datang. (IH/myMetro)

No comments:

Post a Comment