Thursday, November 3, 2011

DATO ZUL KULIM PUNYAI LESEN BESAR ?

Kita telah banyak kali diberitahu bahawa di dalam Sekolah atau kawasan Sekolah serta Masjid dan Surau tidak boleh dijadikan tempat berpolitik. Tetapi, arahan itu sebenarnya untuk parti Pakatan Rakyat sahaja, manakala arahan tersebut tidak terpakai untuk Umno/Bn bahkan Bebas sekali pun.

Terdapat juga suara-suara dari dalam Istana yang mengeluarkan arahan sedemikian iaitu tidak mahu Sekolah dan pelajar di politikkan. Bagus arahan itu, tetapi bagaimana pula dengan pihak yang melanggar arahan tersebut?

Itulah Malaysia negara yang dipimpin oleh pemimpin hipokrit dan penipu. Di negara ini terdapat dua undang-undang, satu untuk mereka dan satu lagi untuk Pembangkang. Sebagai contoh, Ceramah MP Bebas dari Kulim Bandar Baru akan diadakan di sebuah sekolah di Puncak Alam 3, Selangor. Jika MP Bebas pun boleh guna sekolah, mengapa MP yang berparti dari Pembangkang tidak boleh menggunakannya? Itulah undang-undang di negara kita.

Walaupun Zul Kulim hanya berceramah seorang diri tetapi layanan terhadap beliau amat baik sehingga boleh memasuki sekolah untuk berceramah. Mungkin kerana di dalam Banner nya itu diletak logo `1 Malaysia', maka dikira mempunyai lesen besar seperti Umno/Bn. Siapa Guru Besar atau Pengetua Sekolah yang berani melarang? Jawapannya tiada, kerana bukan senang mahu cari `kancil' dari jumlah `keldai' yang banyak. - pkrnegeripahang

Foto: Ihsan Blogger ekele.net

No comments:

Post a Comment