Thursday, November 3, 2011

Beza Pemimipin dengan Rakyat Marhaen

Beginilah cara pemimpin mengerjakan haji. Terlalu jauh bezanya antara pemimpin dan rakyat marhaen sedangkan Allah tidak membezakan kita samada kita pemimpin atau orang biasa. Yang dipandang oleh Allah ialah KETAQWAAN.

Mengapa begitu ramai pengawal yang mengelilingi pemimpin ini. Mengapa takut matikah? Mati akan tiba bila sampai masanya walaupun duduk dalam peti besi berkunci.

Atau mungkinkah pemimpin ini ramai musuh. Kalau tidak ramai musuh takkan macam ini sekali kawalan keselamatannya.

Mengapa ada perbezaan kasta antara pemimpin dan rakyat biasa.??

Cuba saudara kira berapa ramai askar dan polis yang mengawal pemimpin ini. Mengapakah berlaku demikian? Adakah pemimpin ini mempunyai musuh yang ramai sehingga begitu sekali kawalannya. ML

Mekah tempat yang dijanjikan selamat.........
from Roslan SMS Corner by roslan sms
Ada sahabat memuatkan gambar di atas dalam facebook nya.

Alagkah bertuah mereka yang diberikan Allah swt kesempatan bertawaf di sekeliling rumah Nya dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini.

Cuma yang menarik perhatian dalam gambar diatas adalah puluhan pengawal keselamatan yang mengawal delegasi ini. Pasti kalau ada Saidina Umar al Khatab akan berang beliau melihat keadaan ini kerana ketika utusan (spy) dari Rom (Syam) mengintip Kahlifah Umar yang ketika itu ketua Dunia Islam, dilihatnya pemimpin kuasa dunia ini tidur beralaskan lengannya di bawah pohon tamar tanpa seorang pun pengawal.

Allah swt berfirman:

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". (al Baqarah 125-126)

Semoga beroleh Haji Mabrur dan diperkenankan segala doa hamba-hamba Allah yang kini berada di Tanah Suci menunaikan ibadah Haji.

No comments:

Post a Comment