Thursday, October 6, 2011

Mengapalah Sinar Harian Tanya Artis: "Hudud - Wajar atau Tidak? Apa komen Wardina?

Soalan ini tidak sepatutnya ditanya kerana jelas orang Islam wajib melaksanakan hudud bertepatan dengan kehendak Allah dan Islam. Kita berasa pelik kerana editor akhbar ini boleh melepaskan artikel yang sudah pasti menggoncang akidah baik orang yang bertanya ataupun orang yang menjawab.

Kalau anda perhatikan, jawapan yang diberikan oleh artis-artis itu walaupun tidak menolak hudud sepenuhnya, namun menyerlahkan kejahilan mereka, baik yang bertudung litup, mahupun yang sudah di penghujung usia.
Cuba baca komen Datuk Aziz Satar, "...mereka boleh laksanakan di sesebuah negeri dahulu, jika dilihat baik dan memberikan banyak manfaat barulah diteruskan tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap di sini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka..."

Lagi menyedih-melucukan apabila Enot dengan yakinnya mengatakan "Memang zaman dahulu orang Islam menbgamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, HUKUMAN SULA akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang, ia tidak lagi sesuai...". Apalah bingainya artis ini? Sudah jahil, menfitnah pula hukum Allah. Sejak bila HUKUMAN SULA dikategorikan sebagai hukum hudud?

Apakah hukum orang Islam yang memperlekeh atau merendahkan atau tidak yakin akan hukum Allah? Anda yang celik ilmu dan hati sudah tentu mengetahui jawapannya!-DCM

P/s: Hudud bukan sahaja perlu dijelaskan kepada orang bukan Islam, malah perlu diterangkan kepada orang Islam yang rata-ratanya masih jahil tentang hukum Allah yang penuh dengan hikmah dan pengajaran itu.

Wardina Tegur Artis Lain Tentang Hukum Hudud

Wardina Safiyyah menegur kawan-kawan artis nya yang lain mengenai isu hudud yang boleh dikatakan panas dalam berita semasa sejak akhir-akhir ini. Teguran itu juga ditujukan kepada wartawan-wartawan yang lain. Betul juga katanya, baik berdiam diri jika kita tiada ilmu yang cukup.
busuk.org
Artis-artis muda dan yang dah hingga hujung nyawa semua tu patut malu dengan pelajar Kristian yang komen pasal hudud ni. Bandingkanlah sendiri. Kata-kata dia lebih berakal dan berilmu. Malu weyh!

solihinzubir

No comments:

Post a Comment