Tuesday, October 25, 2011

Gagal 25K, Umno berjanji pula 80K ??? BN gelabah!!


Semasa BN kembali memerintah Terengganu, Datuk idris Jusoh telah menjanjikan sebanyak 25,000 peluang pekerjaan. Janji tahun 2004 tetapi Sehingga kini dah nak masuk 7 tahun nampaknya janji hanya tinggal janji sahaja. Yang ada iklan untuk rakyat Terengganu ditawarkan bekerja dengan pasaraya Mydin adalah. 

Kalau kat Paka bagaimana BN menyatakan bahawa hari ini BN memerintah, besok GPP 7 & 8 akan dibina dan beribu peluang pekerjaan akan ditawarkan. Tapi sampai kini habuk pun tarak dan rakyat terpaksa mencari sendiri sumber pekerjaan meskipun terpaksa mengutip besi-besi buruk.

Kita sedia maklum, kegagalan pihak kerajaan menarik pelabur dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan nescaya akan melahirkan banyak permasalahan sosial maupun ekonomi. Apatah lagi ia akan meningkatkan kadar jenayah dan permasalahan akhlak. Institusi kekeluargaan menjadi tidak stabil dan pelbagai lagi masalah yang timbul.

Kini semasa BN bukannya menambahkan peluang pekerjaan bahkan para pekerja yang sedia ada diberhentikan seperti kilang-kilang perkayuan kerana salah urusnya pembahagian balak di Terengganu yang diagih kepada kroni-kroni. Penutupan kilang papan Pesaka dan kilang Plywood di Durian Mas. Pemberhentian keretapi daripada Paka-Kerteh-Kuantan dan sebagainya.

Apakah pimpinan Umno benar-benar serius untuk menyelesaikan permasalahan ini? Terlalu banyak sumber dan khazanah yang dimiliki oleh Terengganu yang boleh digembelingkan bagi menjana sumber ekonomi dan peluang pekerjaan. Sebab itulah kalau dilihat bajet 2 billion setahun tetapi kemana dibelanjakan? Bajet yang terbesar dikalangan negeri-negeri disemenanjung mengalahkan Selangor tetapi kenapa rakyat Terengganu tiada peluang pekerjaan? Semua projek-projek mega nampaknya tidak mampu member peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu. Bajet itu pun bergantung kepada royalti bagaimana kalau tanpa royalti ? mampukah kerajaan BN yang ada hari ini membayar gaji kakitangan rakyat Terengganu?

Kini apabila manifesto Pas yang memberi tumpuan serius kepada peluang pekerjaan bahkan menjanjikan bakal menyelesaikan permasalahan 17,000 rakyat Terengganu yang menganggur. Kajian telah dibuat dan didapati Pas mempunyai mekanisme tersendiri dalam menjana peluang pekerjaan ini.

Gelabah dengan tawaran tersebut Datuk Seri Ahmad Said ketika melancarkan projek KTCC menjanjikan pula bahawa Kerajaan BN berjanji menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 80ribu kepada rakyat Terengganu bermula tahun hadapan.

Rakyat nilailah sendiri janji kerajaan BN ini. Semasa pemerintahan Ahmad Said sebagai MB Terengganu ini telah meluluskan 6 billion bajet. Dah berapa ramai yg bekerja di Zoo yang beliau bina di Kijal tu? Berapa ramai yang bekerja jaga itik, angsa dan burung di Pulau burung Kenyir atau dah beribu bekerja diladang stawbery atau ladang anggur Terengganu. Bagaimana dengan ladang ubi gadong beliau? Ramai mana dah menawarkan peluang pekerjaan? Projek utk menggantikan ubi kentang atau menghasilkan ubat membesarkan payudara itu berjaya ke tidak? Kalau berjaya nanti ramailah awek mat-mat salleh datang ke Terengganu untuk membesarkan payudara mereka. Tak perlulah membuat pembedahan plastik lagi. Sememangnya Mat Said sentiasa berfikir diluar kotak.!!!!

Projek KTCC dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Projek itu, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM5 bilion, akan bermula Januari tahun depan dan dijangka siap menjelang 2018.

Pembangunan berkenaan dianggarkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan lebih dari 82,000 orang menjelang 2020.

Projek tersebut berpusat di sekitar lima kawasan pembangunan utama, iaitu Muara Utara, Muara Selatan, Pulau Warisan, Kampung Ladang dan Corniche Waterfront.

Kerja infrastruktur utama di Muara Selatan termasuk pembinaan kerja-kerja tanah yang perlu, jalan raya, parit dan utiliti utama lain, bermula pada Ogos 2011 dan akan siap pada separuh kedua 2013. - USB

No comments:

Post a Comment