Saturday, August 13, 2011

Utusan SPIN gila kah kah kah


Saya petik sedikit kenyataan putar belit Najib:
  • Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri hadir di Kompleks Mahkamah, semalam untuk ditemu bual pasukan peguam bela Anwar Ibrahim.
  • Beliau berbuat demikian kerana menghormati keputusan hakim.
  • Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat dianggap sebagai campur tangan DAP.
[UM] KUALA LUMPUR 12 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hadir di mahkamah hari ini kerana menghormati keputusan hakim walaupun pelbagai pihak menganggap ia taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melengahkan perbicaraan kes liwat itu.


Perdana Menteri berkata, walaupun bergelar pemimpin nombor satu negara, tetapi sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib menghormati keputusan hakim kerana yakin mampu membantu mahkamah merungkai siapa sebenarnya yang berada di pihak benar.


“Saya menghormati keputusan hakim. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormat, tidak kira apa juga jawatan saya. Sebab itu saya hadir ke majlis itu dan telah menyatakan pendirian saya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.


Ditanya apa antara perkara yang beliau maklumkan, Najib berkata, ia tidak perlu didedahkan kepada umum kerana beliau telah menyampaikan apa yang patut disampaikannya kepada barisan peguam bela Anwar, selain tertakluk kepada haknya sebagai saksi.


“Itu tak payahlah. Saya telah sampaikan mengikut hak dan saya tahu apa hak saya. Saya telah sampaikan kepada barisan pihak peguam bela Anwar. Anwar pun ada di sana sekali dan saya dapat peluang berjumpa dengannya,” katanya.


REALITINYA, K-E-C-U-T:
Najib, Rosmah Tolak Ditemu Bual Jadi Saksi Kes Liwat Anwar 
[Mstar] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka menolak untuk ditemu bual atau saksi dalam kes liwat, menurut ketua pasukan peguam Karpal Singh pada Jumaat.


Najib dan Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan pembelaan berkenaan iaitu Karpal, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy sebelum meninggalkan kompleks terbabit setengah jam kemudian.


Saksi-saki lain yangmuncul ialah bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pelilik kondominium Hasanuddin Abd Hamid dan isteri, Noor Sham Abdul Hamid.
Karpal bercakap kepada pemberita pada pukul 5.40 petang selepas menemu bual mereka...
P/s: Berani kerana benar, kecut kerana...!!! 

No comments:

Post a Comment