Saturday, August 13, 2011

Tu dia ni BUKTI "UMNO sokong Murtad"

Wayang Kulit UMNO & Pendirian PAS


Assalamualaikum W.B.T Sahabat-sahabat U-jam..masa terlalu pantas berlari dan kini sudah pun masuk fasa 2/3 Ramadhan...

Ramadhan adalah bulan Jihad..jihad dalam segenap aspek kehidupan , adakah kita menyangka bahawa dengan hidup sebagai seorang Abid tanpa menghiraukan keadaan masyarakat sekeliling merupakan tiket terbaik untuk ke syurga?, itu persoalan penting untuk dijawab..

Musuh tidak kira bulan dan hari untuk sentiasa berperang menegakkan kebatilan dan melupuskan kebenaran dan mengaa pula kita harus memyembunyikan kebenaran dan memperlihatkan kebatilan?


Isu adalah setiap yang perlu didepani dengan Fakta dan pendirian yang jelas , mainan emosi adalah satu tindakan terdesak dalam menangani sesuatu isu..Tindakan yang bijak ialah berdepan dengan sumber dan seterusnya melazimi kepada pendekatan Siasah Syaariah yang selayaknya untuk difahami.


Ana tertarik dengan ulasan dari Sahabat-Sahabat penerangan pas kedah yang mengupas isu murtad yang sudah sekian lama mendarah daging di dalam negara Malaysia tercinta ini 


Perkataan "Saya" di bawah ini mewakili moderator blog : http://penerangan-paskedah.blogspot.com


Bercakap mengenai isu serbuan gereja....secara peribadi saya nampak adanya satu GRAND DESIGN politik untuk menarik sokongan pengundi melayu...bagi saya tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong JAIS dalam isu ini perlu dipandang dari sudut sokongan yang diperuntukan dalam undang-undang...mungkin kaedah atau perlaksanaan yang diambil itu silap atau terburu-buru....hakikatnya mereka hanya menjalankan arahan yang diberi oleh pihak atasan seperti mana tindakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sungai


Petani(MPSPK)membiokot mesyuarat adalah kerana mereka menentang arahan perlaksanaan perobohan geraitanpa budi bicara oleh YDP dan Setiausaha MPSPK...bukan tindakan penguatkuasaan yang termaktub dalam undang-undang yang mengizinkan perbuatan merobohkan bangunan haram atas tanah milik Majlis...


Apakah perbuatan seorang ketua yang mempertahankan pekerjanya menjalankan kerja mengikut undang-undang adalah salah???begitulah tindakan Dato' Dr Hassan Ali yang menjadi ketua kepada Jabatan itu CUMA arahan yang diberi kepada penguatkuasaan itu agak meragukan....


SIAPA pengarahnya??..bincang tak dulu dengan Exco ???...takkan pulak seorang Exco apabila ditanya tentang perkara tersebut oleh media cakap tak tahu menahu....makan gaji but kot??(persepsi kita)sedangkan tindakan serbuan telah diambil.....????


Kalau kita duk di tempat beliau pun akan bertindak perkara yang sama..(TERSEPIT)...ingat kes lantikan SUK dulu...MB x tau tup-tup dah dapat perkenan Sultan...sapa punya kerja...???....


seperti cakap saya di atas...ini adalah satu GRAND DESIGN untuk mengalihkan fokus kita semua berkenaan isu daftar pemilih SPR......saya percaya perbuatan di gereja tu dah lama berlaku dan mereka-mereka tu pun sebenarnya telah pun MURTAD!!!!DAN pihak JAIS dah lama tahu...tetapi hanya menunggu masa yang SESUAI dari PENGARAH sahaja.....


bila kita bising pasal MISMAH GATE.... PENGARAH kata....sekarang jalankan operasi kita.....habis tunggang langgang pertahanan Pakatan Rakyat diserang oleh isu ini...sorang sokong Hassan Ali ....sorang serang Hassan Ali...tak nampak penyatuan dalam isu ini...semua gila microphone..tak kira dah  Utusan ker...TV3 ker..STAR ker..janji boleh hentam geng sendiri...(dulu dia suruh boikot...) ...MUSUH dok sengeh jer......(tak rugi upah APCO mahal-mahal...)


  Laporan dari Malaysiakini:
Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).


NONEBeliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.


Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.


Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.


Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.


Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.


azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.


Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.


Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.


"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.


"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.
Kita tengok pada statistik dekat atas.


Sabah mendahului senarai pemohon Murtad teramai di Malaysia tapi bagi gua Sabah tak sehebat Negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia. Pahang mencatat jumlah permohonan untuk Murtad sebanyak 8 KALI SAHAJA dan kalau korang tak perasan, gua nak jelaskan dekat sini.


Dari 8 permohonan untuk Murtad di Negeri Pahang, HANYA 1 SAHAJA YANG TAK LULUS, yang lain semua lulus..! Pahang ni Negeri kelahiran Najib Razak Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Parti Melayu yang katanya "Memperjuangkan Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir..!".


Gua tak nampak Islam diperjuangkan. Yang gua nampak, Negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia mencatat rekod 8 permohonan Murtad dan yang tak lulus cuma 1 sahaja. Bela Islam..? Pergi mampos la dengan slogan.


Lagi 1 bila sembang bab Murtad, UMNO seboleh-bolehnya cuba nak jadi juara dan selalunya akan dinyanyikan lagu kes Lina Joy. Perdana Menteri Najib Razak pun masa buat lawatan ke Kelantan bulan lepas gunakan isu kes Lina Joy "kunun" untuk menunjukkan betapa puak-puak Khawarij ni lah yang membela Agama Islam.


Dekat sini jugak gua nak bagitau dekat puak-puak Khawarij yang kononnya selama ni mempertahankan Lina Joy... Lina Joy tak pernah ambik Ambiga jadi peguambela dan Ambiga jugak tak pernah membela Lina Joy dalam kes Lina Joy Murtad dulu.


Korang Google sendiri siapa 4 peguam bela Lina Joy.


Hujah Ambiga adalah peguam Lina Joy dalam kes Murtad ni pun dah menampakkan kedangkalan UMNO dalam mempertahankan Islam di Malaysia. Kalau betul UMNO ambik berat dalam hal Murtad, tak mungkin puak-puak Khawarij UMNO termasuk Presiden UMNO yang jugak Perdana Menteri Malaysia boleh tersilap fakta dalam hal ni..?


Sudah-sudahlah berlakon dalam hal Murtad ni wahai puak-puak UMNO ... Banyak Fakta dekat atas yang kita nak kena ambik kira.
  1. Rang Undang-Undang Murtad pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006 tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh UMNO tanpa dibahaskan.
  2. Usul meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam pernah dikemukakan dalam sidang Parlimen tetapi juga telah ditolak mentah-mentah tanpa dibahaskan oleh UMNO.
  3. Sebelum itu, pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Haji Hadi telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad telah ditolakjuga tanpa dibahas.
  4. 2 November 1999, Tuan Guru tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
  5. Umno berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah.
  6. Negeri kelahiran PM sendiri pencatat statistik hampir 100% kelulusan atas permohonan untuk Murtad.
  7. UMNO mengaitkan Ambiga dalam kes Lina Joy padahal Ambiga tidak pernah menjadi peguam Lina Joy dan ini jelas menunjukkan bahawa UMNO langsung tak apa-apa dalam kes Lina Joy.
PS : Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut umat islam sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan ini?truskan la sokong umno. ramai lg yg akan murtad.

No comments:

Post a Comment