Wednesday, August 10, 2011

Tu dia UMNO dah mula berkokok, punggoq penuh dgn TAHI


UMNO Konsisten Sokong Murtad Sejak Peristiwa Natrah Lagi

Di dalam alam Twitter telah berkokok juak-juak UMNO kononnya mereka memperjuangkan agenda menentang murtad dan kristianisasi.

Mereka cuba menunjukkan seolah-olah mereka juara memerangi murtad di Selangor. Ada pula juak UMNO mengatakan gejala murtad makin serius semenjak Pakatan Rakyat memerintah.
Tulang Besi amat terkejut dengan sikap
hipokrit UMNO dan Barisan Nasional ini.

Beriye-iye memainkan isu murtad yang masih dalam siasatan. Sedangkan UMNO begitu konsisten menyokong usaha murtad. Izinkan Tulang Besi member beberapa hujjah: 
1.0 Sokongan UMNO terhadap murtad ini bermula semenjak tahun 50’an lagi sebelum Merdeka.Ia bermula dari Peristiwa Permutadan Natrah. Mengikut tulisan Allahyarham Hj Ahmad Fuad:

Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Dengan kata lain, isu Natrah telah memaksa ramai ulama2 dalam UMNO untuk keluar UMNO dan menubuhkan PAS.

Sepanjang kes Natrah dibicarakan di Mahkamah Singapura pada tahun 1950 itu,
UMNO BERDIAM DIRI dan TIDAK MENGAMBIL APA-APA SIKAP.

Yang mengembeling umat Islam Singapura memprotes murtadnya Natrah adalah Mujahid Prof Burhanuddin Hilmi serta Karim Ghani. Saya ada menulis sebuah artikel berkaitan dengan isu Natrah di sini.

Sikap berdiam diri UMNO itu membuat pihak penjajah begitu berani menculik Natrah dan menghantar beliau kembali ke Belanda seterusnya menjadi murtad.
Rupanya dah lama UMNO bersikap lunak dengan murtad ni.

2.0 Suka saya memetik kenyataan Ustaz Idris Ahmad seperti di bawah:

”Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.
Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi
Jelasnya, UMNO konsisten menolak serta mengecilkan isu murtad selama ini. Baru sekarang ni bising, itupun atas sebab kepentingan politik sendiri bukan sebab Islam

3.0 Dalam Operasi Lalang 1987, lebih 30 pemimpin-pemimpin PAS ditangkap ISA kerana membuat pendedahan berkaitan Kristianisasi di Sabah. Pada waktu itu yang memerintah Sabah adalah PBS yang menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional. Tangkapan ISA itu dibuat oleh UMNO ke atas pemimpin-pemimpin PAS.

4.0 UMNO menolak rang undang-undang pribadi murtad yang ditaja oleh PAS melalui Ahli Parlimen PAS, Salahuddin Ayub. Mengikut Salahuddin Ayub:

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.
"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.
Kalau UMNO ikhlas berjuang isu Murtad, mengapa halang Rang Undang2 Pribadi berkaitan Murtad ini?

5.0 Di mana suara UMNO sepanjang isu Lina Joy berlaku? Adakah UMNO keluar ke jalan raya seperti yang berlaku sekarang bercakap pasal Murtad? Tidak. UMNO senyap sunyi dan menghilangkan diri. Malahan, demonstrasi di Bar Council memprotes forum berkaitan Lina Joy juga dihadiri 90% ahli2 dan penyokong PAS. Mereka dari UMNO seperti tidak wujud.

6.0 Di Wilayah Persekutuan, UMNO luluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Akta tersebut TIDAK MENGHARAMKAN MURTAD. Sila baca di sini.
Kesimpulannya, UMNO hipokrit. Dalam sejarah Malaysia, UMNO tidak pernah memperjuangkan isu murtad.

Malahan, di Wilayah Persekutuan, UMNO tidak haramkan murtad sama-sekali.
Kenapa tiba-tiba nak tonjol diri kononnya pejuang murtad yang tersohor. Berhentilah bersandiwara. Kita dah kenal siapa UMNO. Satu Malaysia kenal siapa UMNO. Islam hanya bahan tunggangan untuk mendapatkan undi dan mempertahankan kuasa.

Kalau benar UMNO ikhlas memperjuangkan isu murtad, sila luluskan Rang Undang-Undang Murtad di Parlimen.

Tulang Besi  



Kisah Natrah

No comments:

Post a Comment