Wednesday, August 10, 2011

Panas!!! Pengerusi MCA Selangor akan letak jawatan ????

MCA/BN mimpi di siang hari?
MCA tidak lagi bersemangat. Pengerusi MCA Selangor Donald Lim menyatakan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor jika MCA tidak mendapat menambah kerusinya di dalam pilihanraya yang akan datang. Sekarang ini MCA hanya mempunyai 2 kerusi Dewan Undangan Negeri yang di menanginya dari 14 yang dipertandingkan. MCA juga mempunyai 1 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka dari 7 yang dipertandingkan.



Kalau ditengok dari kehadziran MCA di Sekangor sekarang ini parti itu sudah terlalu hilang mayanya untuk bergerak dan seolah-olah menyerah sebelum bertanding. Maka dari segi lojiknya DAP akan mengambil alih kedua-dua kerusi DUN dan 1 Parlimen di Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Jika pembahagian kerusi dibuat seperti pembahagian pilihanraya yang lalu adayang berpendapat semua kawasan parlimen dan DUN yang diberikan kepada Gerakan dan MCA akan kalah semuanya.


MCA nampaknya akan mengikut jejak dan langkah Gerakkan yang sudah tiada lagi kukunya dan nampak jelas parti itu akan hilang dalam politik negara kita dalam masa hanya beberapa bulan sahaja lagi. Ramai di antara rakan-rakan saya dari MCA yang saya bercakap mengakui yang partinya hanya menunggu retak sebelum belah.


Kehilangan kerusi MCA dan Gerakan tidak akan memindahkan kerusi itu kepada UMNO kerana kebanyakan di antara kerusi yang ditandingi oleh MCA adalah dibandar-bandar dan separa bandar. Donald Lim berkata yang MCA akan hanya akan memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan jika parti itu berkeupayaan untuk meletakan calon yang baik serta berkalibar tinggi.


Jika di sentuh isu kalibar calon, UMNO juga menghadapi masalah yang sama. Di Selangor seperti juga di mana-mana negeri sekali pun menurunkan calun yang berkalibar merupakan isu yang sangat besar. Setakat ni belum lagi nampak bayangan siapakah yang akan dipertaruhkan oleh UMNO untuk menjadi Menteri Besar jika benar UMNO masih terkelior untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor.


Kekurangan pimpinan UMNO Selangorlah yang menyebabkan negeri itu terpaksa diketuai oleh DS Najib sendiri. Najib sendiri mempunyai masalah yang sangat berat dan krisis terhadap kepimpinannya itu tidak akan membawa apa-apa makna kepada UMNO Selangor walau pun beliau sendiri mempengerusikan UMNO negeri yang terkaya dalam negara itu.


Di Selangor tidak banyak isu-isu negeri dan tempatan yang akan mempengaruhi pengundi kerana Selangor terletak di pusat negara yang mana pengundi akan dipengaruhi oleh isu-isu nasional. Krisis keyakinan kini merupakan faktor yang paling utama yang akan mempengaruhi trend pengundian.


UMNO sedang sedaya upaya untuk memenangi kerusi-kerusi yang mengalami kekalahan dalam pilihanraya yang lalu tetapi jika ada pun kemenangan di kawasan-kawasan tersebut ia hanya akan juga mengalami kekalahan di kawasan-kawasan yang mereka telah dimenangi mereka dalam pilihanraya lalu.


Kalau di dasarkan kepada factor ini cita-cita MCA/BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor berkemungkinan tidak akan kesampaian.Mungkin ianya tinggal sebagai mimpi di siang hari sahaja. - Aspan Alias

No comments:

Post a Comment