Sunday, August 7, 2011

Mitos Merdeka PART II

UMNO pengasas perjuangan kemerdekaan
Adakah United Malays National Organisation (UMNO) merupakan pengasas perjuangan kemerdekaan? Ramai di antara kita telah diajar oleh cikgu dan buku-buku tebal subjek Sejarah di Sekolah menengah/MRSM/SBP dulu bahawa UMNO merupakan parti yang menjadi perintis kepada kemerdekaan. Hakikatnya bukan. 

Seperti kata Winston Churchill, History Is Written by The Victors. Apa yang kita belajar secara formal di sekolah merupakan acuan daripada Imperialis Barat.


Sebab apa? Persoalan ini biar kita sendiri yang fikir.


Sebelum UMNO (est. 1946), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (est. 1945) telah berjuang untuk merdeka. Dan sebelum PKMM, Kesatuan Malaya Merdeka (est. 1938) juga telah berjuang untuk kemerdekaan. Sebelum KMM, Communist Party of Malaya, CPM (est. 1930) juga telah berjuang untuk merdeka!


-diantara pemimpin2 dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Angkatan Pemuda Insaf bergambar selepas mengadakan Kongres yang Kedua pada 25-27 Disember 1916 di Kota Melaka.


Pada waktu itu (1946) UMNO masih lagi dengan slogan Hidup Melayu dimana parti lain telah melaungkan slogan MERDEKA!

Malaysia mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah



Kalau ingat balik dalam Buku Sejarah form 5 (kalau boleh ingat), kita telah diterangkan bahawa Kemerdekaan telah dapat dicapai tanpa pertumpahan darah!
Ini memang tipu besar punya.


Cuba fikir balik, boleh merdeka ke tanpa pertumpahan darah?


Hakikatnya, beribu-ribu gerila anti-British telah terkorban semasa anti-Colonial war, ribuanAskar Melayu di bawah pimpinan British juga terkorban semasa berperang dengan komunis. Ada juga rakyat yang terkorban di tengah-tengah. Bukankah ini darah?


Lagu Negaraku merupakan ciptaan Malaysia


Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta
-Negaraku


Lagu ni sebenarnya bukan sepenuhnya ciptaan rakyat kita. Liriknya merupakan hasil gubahan Saiful Bahri, yang diambil daripada Lagu Rasmi negeri Perak-Allah Lanjutkan Usia Sultan.


Sultan Abdullah merupakan pemerintah negeri Perak pada waktu itu telah menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles oleh British kerana telah didakwa bersubahat membunuh Residen British ,JWW Birch. Semasa dalam buangan, Baginda dikatakan telah banyak mendengar lagu yang popular pada waktu itu- La Rosalie.


Setelah pulang ke tanah, air, Baginda telah mengambil lagu ini sebagai Lagu Rasmi negeri Perak dengan liriknya digubah.


'La Rosalie' adalah hasil ciptaan Pierre Jean de Beranger yang berasal dari Perancis. Lagu ni sangat popular pada ketika itu sehinggakan telah banyak versi dicipta termasuklah versi Hawaii dan sebagainya.


Lagu ini telah dipersembahkan di sebuah Opera (Indonesian Bangsawan) di Singapura pada tahun 1940. Oleh kerana popularitinya yang sangat, sebuah melodi yang sama telah diberi sentuhan baru di Indonesia dan diberi nama Terang Boelan (Terang Bulan).


Oleh sebab itulah lagu Terang Bulan mempunyai identiti yang serupa dengan Lagu Negaraku kerana kedua-duanya diambil daripada melodi 'La Rosalie'. Jadi tak usahlah kita bertengkar siapa tiru lagu siapa.

Soekarno kemudiannya telah meminta rakyat Indonesia supaya tidak menyanyikan lagi lagu Terang Boelan kerana mirip kepada lagu Negaraku.




Sang Saka Merah Putih dan UMNO


Kalau kita perasan, Sang Saka Merah Putih (rujuk entri Part I) ada persamaan dengan bendera rasmi UMNO. Cuma bendera UMNO telah ditambah dengan keris di tengah-tengah.


Kebetulan?



Klip video ni diambil daripada 10 tahun sebelum merdeka (entri part I ada mentioned). PKMM, AWAS API dan barisan haluan kiri yang lain semua keluar daripada bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO hendak meletakkan keris pada Sang Saka Merah Putih.


Antara ayat best daripada pakcik kat atas ni:


: mulia ke keris?
: Kalau kalimah syahadah tu mulia. Kita letak kat dinding. 
Tapi kenapa nak letak keris? Mulia sangat ke keris?
: nak taruh keris buat apa? Bukannya nak berperang


Perlu jelas, warna merah putih merupakan warna Kebangsaan Melayu yang telah digunapakai semenjak kegemilangan kerajaan Majapahit dan Kesultanan Melayu Melaka. Keris hanyalah senjata yang sinonim dengan kepulauan Melayu Nusantara (Indonesia, selatan Thailand, Singapore, Brunei dan sebahagaian Filipina).


Memetik kata Allahyarham Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden PAS)-


‘komunis berdayung disebelah kiri, dan kapitalis berdayung di sebelah kanan, tetapi menuju pulau yang sama..’

tulisan ini tidaklah bermakna untuk menidakkan jasa-jasa Wira-wira yang telah terkorban dalam mempertahan tanah air, tetapi hanyalah untuk memberi perspektif baru dalam keperitan mereka yang telah berjuang untuk revolusi dimana jasa dan nasib mereka tidak dipedulikan oleh orang macam kita. 



Ramai di antara mereka tidak mendapat hak yang sepatutnya walaupun setelah termeterai Perjanjian Damai di Hadyai. Yang paling sedih, mereka telah diburukkan di dalam tulisan2 sejarah. Dan ada yang telah meninggal tanpa diberi penghormatan sedikitpun.

Lagu Darah Rakyat dinyanyikan oleh Encik Majid Salleh bekas Anggota PKMM.


dedicated to all Survivors, Martyrs, Nationalists and Fighters who have shed their blood for today's independence. God bless.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 
wedontneedthistoblog

Artikel Berkaitan :  

1. KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN KITA 
2. Mitos Merdeka Part 1  
3. 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka 
4. Apa beza sosialis dan komunis? UMNO-BN "Paranoid"... 

5. Terang Bulan dan Penipuan Umno 


No comments:

Post a Comment