Saturday, August 20, 2011

Apa!!!! Pengerusi SPR Letak Jawatan????


SEMUA MAHU SALAHKAN KERANI LEBIH BAIK BOS LETAK JAWATAN
SPR dari awal dahulu selalu mendabik dada bahawa segala data di dalam daftar pemilih SPR adalah bersih, jauh dari senarai pengundi hantu. Bahkan, berulangkali pihak SPR menegaskan bahawa pengundi hantu tidak pernah wujud di dalam senarai daftar pemilih SPR.



Apabila sejak kebelakangan ini iaitu selepas perhimpunan BERSIH 2.0, berbagai pihak terutamanya dari parti Pembangkang berjaya membongkar satu persatu `temberang' SPR yang bertahun-tahun mereka sembunyikan dan mereka anggap bersih itu. Jika satu atau dua kes yang kita dedahkan, mungkin tidak memberi tekanan kepada SPR tetapi apabila beribu-ribu kes kita dedahkan sehingga berjangkit penyakit SPR ini kepada JPN pula, maka SPR tidak mampu lagi untuk menangkisnya.



Namun demikian, sudah tabiat `lidah bercabang' dari SPR yang semakin menonjolkan diri sebagai salah satu komponen di dalam Bn, pihak mereka masih cuba untuk menegakkan benang yang basah. Mulanya tidak mahu mengaku kesilapan, apabila timbul isu Mismah yang memiliki taraf PR di sebelah pagi dan petangnya menjadi warganegara yang sah, SPR menuding jari kepada JPN kerana tidak mengemaskinikan data di dalam web JPN. 


Namun, SPR tidak mampu untuk menjawab persoalan mengapa nama Mismah disenaraikan sebagai pengundi yang sah di dalam keadaan JPN tidak merekodkan lagi namanya sebagai warganegara yang sah? Mengapa SPR lebih awal `mengiktiraf' Mismah sebelum JPN?



Mulanya mendakwa SPR tidak silap, yang `silap teknikal' adalah JPN. Baru-baru ini mengaku pula bahawa berlaku kesilapan di dalam SPR hanya 0.0001%. Baca di sini. Seboleh-bolehnya tidak juga mahu mengaku silap. Ini bukan masalah sedikit atau banyak silap, apa penanda aras yang SPR guna untuk mendakwa 0.0001% itu teramat sedikit? Sedangkan kesilapan yang didedahkan itu terlalu banyak? Apakah SPR mahu tunggu sehingga 50 % kesilapan berlaku baru mahu mengaku SPR silap?


Jika yang sedikit itu pun SPR terkial-kial mahu memperbaikinya, bayangkan jika jumlahnya mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Jumlah yang dikatakan oleh SPR 0.0001% itu hanyalah beberapa kes yang dapat dikesan di dalam beberapa minggu ini sahaja, yang tidak dapat dikesan atau masih belum dikesan kita tidak tahu lagi. 


Samalah maksudnya dengan perbuatan mencuri, walaupun mencuri wang seringgit dengan mencuri wang seribu ringgit ianya tetap mencuri dan jika dibawa ke mahkamah ianya tetap dikatakan oleh Hakim adalah bersalah.


SPR tidak perlu bermain dengan kata-kata untuk membela jabatannya itu. 


Mengapa SPR terus menyalahkan kerani-keraninya di atas kecuaian tersebut? Jika semua kerani SPR mahu tentukan, apa gunanya ada jawatan Pengerusi SPR, Timbalan dan Setiausaha? 


Jika SPR sudah menyalahkan kerani-keraninya, adakah JPN juga tidak mahu menyalahkan kerani-keraninya? Kita bersimpati dengan nasib kakitangan bawahan di SPR dan JPN kerana terpaksa menanggung semua ini sedangkan bos mereka asyik dengan `berpolitik'. pkrnegeripahang 


Baca Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof “Don put gun to my head” kah kah kah

No comments:

Post a Comment