Saturday, July 2, 2011

Tujuan beratus baju-baju BERSIH 2.0 dirampas terbongkar?


MAKLUMAT yang baru diterima ini benar-benar memeranjatkan. Diharap pihak penganjur dan mana-mana pihak yang berkenaan memandang berat tentang isu ini. MiLo SuaM telah menerima sebuah email dari "orang dalam" yang membongkarkan bahawa tindakan sabotaj akan dilakukan ke atas Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

Difahamkan bahawa beratus-ratus baju BERSIH 2.0 yang dirampas sejak kebelakangan ini akan dipakai oleh puak-puak penentang perhimpunan tersebut dengan niat untuk melakukan sabotaj.



Bagi mengesahkan maklumat ini, kita lihat nanti, apakah berita yang akan dimainkan oleh media-media arus perdana untuk menggambarkan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebuah perhimpunan yang ganas?. Bagaimanapun, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakan perkara tidak diingini daripada berlaku.

Bik Mama seperti biasa masih membelek-belek katalog beg tangan import, sambil menunggu peruntukan dari isteri tercinta kah kah kah...

ReJaM© "Kita tunggu dan lihat, berita apa akan dikeluarkan oleh media arus perdana pada 9 Julai ini..."


Baju BERSIH 2.0 Akan diguna 'SB' Untuk Sabotaj?

Saturday, 2 July 2011


Sumber dalaman mengatakan bahawa rampasan baju BERSIH yang menggila semenjak akhir-akhir ini adalah untuk tujuan menimbulkan provokasi pada 9 Julai nanti. Baju tersebut dirampas untuk seberapa banyak bagi memberi laluan untuk Patriot, PEKIDA, PERKASA, Pemuda UMNO, NGO dan "Special Branch" untuk menyelinap masuk ke dalam kumpulan BERSIH yang tulin.

Kumpulan yang menyamar sebagai peserta BERSIH akan melakukan sabotaj yang akan mengundang provokasi untuk media UMNO/BN seperti Berita Harian, Utusan, TV3 dan yang berkaitan media pro-UMNO. Tujuan mereka adalah untuk dirakam oleh media mereka kerana untuk memburukkan imej BERSIH yang terlalu ganas. Ia akan dilaksanakan seperti sebuah lakonan yang hebat oleh puak-puak anti BERSIH.

Golongan pemuda UMNO dan NGO akan melakukan provokasi kepada kaum lain dengan mensasarkan golongan bukan melayu untuk tujuan menghuru-harakan keadaan dan mereka berpura-bura akan berlakon di depan media mereka yang kononnya mereka dibelasah kerana mencetuskan provokasi sesama sendiri. Lebih-lebih lagi penyokong BERSIH yang bukan melayu.

Tujuan lain adalah untuk menyerang Pakatan Rakyat secar habis-habisan serta memburukkan imej Pakatan Rakyat. Mereka akan membiarkan orng Cina kedepan dan menjadikan isu PAS dan PKR adalah pengkhianat bangsa dan agama dengan membiarkan orang bangsa lain bersikap kurang ajar dengan memijak kepala bangsa melayu.

Itulah antara sumber maklumat dalaman yang akan menjadi peringatan kepada peserta BERSIH tulin untuk terlibat dalam perhimpunan itu nanti. Disebalik rampasan baju, rupanya ada senjata tajam yan akan menyelinap untuk huru-harakan keadaan serta menakut-nakutkan rakyat dengan sikap perkauman yang agak melampau.



No comments:

Post a Comment