Saturday, July 2, 2011

BERSIH 2.0: MENJAWAB MAINAN UMNO



Ada membaca akhbar Berita Harian semalam (30 Jun 2011)?

Tajuk hadapannya berbunyi BERSIH cetus anarki.

KenyataanKetua Polis Negara

Dengan penuh menghormati beliau sebagi Ketua Polis Negara,kritikan ini tidak akan sesekali bertujuan menghina beliau, tetapi satu luahanpandangan penulis terhadap sikap provokasi yang melampau dari pihak berkuasa.

Di pihak berkuasa akan sentiasa melaungkan bahawasanyamereka mendapat maklumat ada agen komunis meresap ke dalam BERSIH[1].

Di pihak badan politik UMNO dan konco-konconya sentiasamembuat provokasi menakut-nakutkan rakyat[2].(Untuk bacaan lanjut berkenaan perkara ini, pembaca boleh lihat di sini[3])

Maka, di pihak unit agama UMNO dan kerajaan punberamai-ramai mengharamkan BERSIH 2.0 kerana semua laporan-laporan di atas.Antara illah (sebab) pengharamannya ialah akan mewujudkan kekacauan,menyusahkan para pemandu teksi, menyebabkan ramai tidak dapat keluar bekerja,bahkan akan menumpahkan darah[4].Dengan kelemahan untuk memahami bahasa dan seni politik, maka segelintirgolongan agamawan terus dibuai dengan laungan provokasi pihak terbabit danmembenarkannya seterusnya membenarkan kerajaan yang zalim terus menapakkan dirimereka di pundak kuasa.

Maka, dengan semua adunan-adunan di atas, lengkappercaturan UMNO menakut-nakutkan rakyat dan mengharamkan BERSIH 2.0.

KHUATIRPROVOKASI, BUKAN FAKTA.

Penulis melahirkan rasa kerisauan kerjasama baik secara tersembunyi antara pihak berkuasa seperti polisdengan pihak UMNO di atas nama Kerajaan Malaysia akan memunculkan semua perkarayang tidak harmoni sebagaimana disebutkan di atas.

Penulis juga percaya, SEKIRANYA berlaku seperti perkara diatas, semua pihak akan menundingkan jari kepada pihak BERSIH. Padahal dalamBERSIH yang lalu, tidak ada sebarang kerosakan yang dilakukan oleh pihakpendemonstrasi, kecuali yang dibuat sendiri oleh pihak polis. Ini kerana kamidi ajar untuk beradab dalam berdemonstrasi, jangan melakukan perkara-perkarayang haram dan merosakan harta benda awam. Itu pegangan kami.

Objektif kami jelas, menghantar memorandum kepada Yang diPertuan Agong.

Apa besar sangatkah kesalahan kami?

Penulis percaya, semua pihak sudahpun mengambil pengajarandaripada bersih tahun 2007 yang lalu. Penulis khuatir, pihak-pihak tertentu (yang bukan dari pihak BERSIH) denganberpakaian preman berbaju kuning dengan ada posh bag dengan ikatan dibahagian lengannyalah yang akan melakukan kerosakan dan pelbagai provokasi.

Penulis ulangi, penulis khuatir.

Kerana diketahui umum, nothing in politics happen by accident.

Lalu, apa yang akan dikritik oleh pihak agamawan

“Tengok, sebab itu Islam mengharamkan demonstrasi”

Aduh, sayangnya dikau, menghukum bukan pada kejadian yangsebenar.

Penulis ingin memberikan contoh satu provokasi yang bukanhakikat sebenar yang berlaku oleh pihak berkuasa tertentu. Ini bagi membuktikantelahan penulis bukanomongan kosong. Para pembaca harus peka dengantarikh-tarikh yang penulis hitamkan. Tidak ada satu pun sumber rujukan penulisdiambil daripada pihak pembangkang. Ini bagi menjamin ketelusan dalam kritikanpenulis.

Pada 4MAC 20085:05pm sebagaimana yang dilaporkan di Utusan online menyebutkan seperti berikut[5]:

PUTRAJAYA 4 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hariini memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan rayaumum 8 Mac ini dibatalkan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman membuatpengumuman itu pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh PeguamNegara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

PadahalSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telahpun bersetuju menggunaka dakwat pada kukusemasa pengundian pada peringkat awalnya iaitu pada 2 JUN 2007 denganmengatakan[6]:

PUTRAJAYA 1 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melakukanpembaharuan pada pilihan raya umum ke-12 dengan memperkenalkan peti undilut sinar dan titik dakwat atas kuku pengundi bagi mengelakkan penipuan.
Katanya, kedua-dua langkah terbaru itu bertujuan untuk memperlihatkanketelusan di kalangan pengundi dan parti yang bertanding.
 “Mengenai sistem titikdakwat pula, meskipun SPR pada dasarnya telah bersetuju tetapi ia masihtertakluk pada hasil kajian memandangkan cadangan itu tertakluk kepadaundang-undang pilihan raya.
“Jika sempat, kita akan cuba laksanakannya pada pilihan rayaumum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini,hari ini.

Namun, hasil dapatan terhadap ‘kajian’ SPR terhadappenggunaan dakwat ini boleh didapati dalam laporan yang dibuat oleh BERNAMAbertarikh 5 MAC 2008 seperti berikut[7]:

KUALATERENGGANU, 5 Mac (bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkanlangkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan cadangan menggunakan tandadakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi, merupakansatu langkah tepat.
    Timbalan Perdana Menteri berkata keputusanitu dirasakan perlu bertujuan mengelak berlakunya kekecohan dan keteganganpada hari pengundian SABTU INI!!![8]
    Beliau berkata ini kerana jika cadangan ituteruskan, berkemungkinan  pihak tertentuakan mensabotajnya, sekali gus menafikan hak pengundi menunaikan tanggungjawabmereka.
    "Pembatalan itu kerana ada duakemungkinan, berlaku sabotaj...maknanya ada pihak-pihak boleh mempengaruhisesetengah pengundi untuk menggunakan dakwat yang hampir sama, dengan pelbagaialasan.
    "Dengan ini, mereka tidak layakmengundi, kalau tidak layak mengundi, kita menafikan hak mereka mengikutperlembagaan negara dan ini akan timbul banyak kececohan dan ketegangan padahari mengundi," katanya.
    Beliau berkata demikian kepada pemberitaselepas menghadiri majlis peneroka bersama pemimpin dan pelancaran Feldaresidence di sini hari ini.
    Najib diiringi isteri, Datin Seri RosmahMansor, kini dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu.
    Turut hadir, Menteri Besar Terengganu DatukIdris Jusoh dan Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
    Semalam, SPR membatalkan cadanganpenggunaan dakwat kekal pada kuku pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
    Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid AbdulRahman berkata laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapatpihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.
    Pihak itu dikatakan merancang mencalitkandakwat itu pada kuku pengundi bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangkamengenai status pengundi berkenaan.

Namun, lihat pula laporan berikut. Ia bertarikh 6 MEI 2008 dilaporkan olehUtusan Malaysia[9].

KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis tidak menemui sebarang buktiterdapat individu yang membawa masuk dakwat penanda kuku dari Thailand untukdigunakan pada Pilihan Raya Umum Ke- 12.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albarmemberitahu, polis telah mem- buka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen420/511 Kanun Keseksaan berikutan terdapat laporan daripada beberapa individubahawa dakwat itu telah dibawa masuk dari Thailand.
''Polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapatitiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand.
''Ini kerana tidak ada sebarang saksi pun yang pernah melihatdakwat tersebut dan daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu,sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatanini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan FongPo Kuan (DAP- Batu Gajah) yang ingin tahu hasil siasatan ekoran pembatalanpenggunaan tanda dakwat kuku semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 pada sidang DewanRakyat hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan tandadakwat di kuku pada pilihan raya umum lepas berikutan terdapat laporan bahawabeberapa individu mengimport dakwat itu untuk ditandakan kepada kuku pengundi.
Syed Hamid memberitahu, keterangan pengadu dan saksiadalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam ataudikenali secara positif.
Jelasnya, kertas siasatan tersebut telah dirujuk kepadapejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac lepas dan pada 21 Mac kes tersebuttelah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut dan kertas untuk simpanan(KUS).

Wahai para pembaca sekalian,

Waahi golongan agamawan sekalian,

Adakah anda tidak nampak provokasi dan mainan pihak merekaini?

Anda pula menghukum orang yang inginkan keadilan bagi pihakmereka….

Orang yang berjuang atas titik demokrasi ini dengan penuhkepercayaan terhadap sistemnya, namun dipermainkan semahunya.

Sekarang, apabila mereka menuntuk keadilan di pihak mereka,anda mengharamkannya?

Penulis tidak mengatakan semua kenyataan pihak berkuasabohong, namun dalam isu yang UMNO mempunyai kepentingan, penulis mempunyaikekhuatiran tersebut.

SEMALAM[10]( 30Jun 2011)

 Keluar lagi kenyataan yang hampir senada dengan SPR tahun2008 yang lalu, tetapi kali ini dari pihak Polis.

Ketua Polis Negara, Tan SriIsmail Omar, semalam mendedahkan hasil risikan dan penilaian polis mendapatiperhimpunan haram yang dirancang beberapa pihak pada 9 Julai ini bukan sajaboleh mencetuskan huru-hara serta kemusnahan harta benda dan kecederaan, malahmungkin membabitkan kehilangan nyawa.
Beliau berkata, polis menerimamaklumat ada pihak tertentu dan anasir asing cuba mengambil kesempatan untukmengeksploitasi situasi itu bagi mencetuskan anarki di negara ini.

 “Berdasarkan fakta serta keadaan semasa,situasi kini mempunyai potensi dan kebarangkalian yang dominan untuk mengganggukehidupan masyarakat.
“Situasi demikian 
jikatidak ditangani segera dan berkesan, boleh menjejaskan ketenteraman awam dankeselamatan negara,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
Perhimpunan haram anjuran BERSIH itu menimbulkan kebimbangan pelbagai pihakkerana PERKASA dan Pemuda UMNO juga merancang mengadakan perarakan pada harisama bagi menentang tindakan BERSIH.
“Saya tidak akan benarkan segala bentuk perhimpunan, kita tahu ratusan ribuorang dipanggil ke Kuala Lumpur dan ini membuka ruang untuk mencetuskanpergaduhan, huru-hara dan mungkin kehilangan nyawa.
“Kita juga sudah menerima laporan sesuatu hendak berlaku (kekacauan), initanda-tanda menunjukkan keamanan boleh tergugat, polis kena bertindak cepat,”katanya.
Ismail bagaimanapun menafikan dakwaan pembangkang kononnya polis akanmengisytihar darurat pada 9 Julai ini.
Beliau juga menegaskan polis akan menahan sesiapa saja yang mempamerkan apa-apaperkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan harampada 9 Julai ini.
“Bukan saja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa saja yang berbau hasutanakan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai,” katanya

Anda nampak apa konflik rakyat Malaysia sekarang?

Salahkah kami untuk meragui sumber tersebut?

SELAMAT MEMBERSIH!!





[4]Merujuk kepada temubual Kerusi Panas di BERNAMA radio 93.9 bermula jam6.30-7.30 petang bersama dengan Ulama’ Muda UMNO, merangkap Pensyarah diFakulti al-Quran dan Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Fadhlan Othman.Lihat juga http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
[5]http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2008&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
[6]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive
[7]http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=16058&tid=84&cid=2
[8]Pilihanraya umum ke-12 bertarikh 8 Mac 2008.
[9]http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=parlimen&pg=pa_01.htm&arc=hive
[10]http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BERSIHcetusanarki/Article/


No comments:

Post a Comment