Friday, July 1, 2011

SPR masih dibayangi sindrom penafian!

http://web1.themalaysianinsider.net/images/sized/images/uploads/mugshots/mahfuz-omar-june6-240x160.2.jpgTakkan Bersih buat perhimpunan rakyat itu untuk mengajak orang sayang kepada BN dalam keadaan BN korup, zalim , tidak adil dan sebagainya'""Macam itu, juga Umno pun buat perhimpunan menyuruh orang meluat kepada Pakatan Rakyat, iaitu PAS, DAP dan KeADILan," kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Wartawan ROY RASUL dalam wawancara bersama beliau.Ikuti wawancara tersebut:

WARTAWAN: Baru-baru ini (18 Jun) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya mendakwa kononnya perjalanan pilihan raya di Malaysia berjalan dengan sempurna, namun setiap kali berlaku pilihan raya banyak kes seperti pengundi hantu, kesalahan penggunaan jentera kerajaan dan pengguna media oleh parti kerajaan secara berterusan masih berlaku. Apa pandangan dato'?

MAHFUZ : Isunya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu memperakui tentang wujudnya pelbagai kepincangan, kelemahan, kekurangan serta unsur manipulasi yang berlaku dalam proses perjalanan pilihan raya dalam negara kita ini.

Jadi SPR tidak mahu akui hakikat tersebut walaupun pelbagai dakwaan pagi tadi (20 April) dilontarkan oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen.Walhal, dakwaan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan hari ini kerajaan kata mereka tidak pernah apa-apa aduan sedangkan aduan itu telah dibuat.

Jadi bermula daripada pengurusan daftar pemilih dan sebagainya, sebab itu bagi saya sangat berbahaya apabila SPR terus mengambil pendirian sindrom penafian ini.Ini akan merosakkan proses dan sistem amalan demokrasi dalam negara ini. Orang akan hilang kepercayaan kepada proses demokrasi dalam negara kita ini.

Apabila hilang kepercayaan ini sangat berbahaya dan mengundang kepada suasana politik yang tidak sihat.Bagi saya SPR seharusnya memperlihatkan yang badan itu pro-demokrasi dan pro-rakyat bukannya sekadar pro demokrasi dan juga pro kepada politik.Mereka mesti prodemokrasi dan prorakyat serta prokepentingan rakyat.Oleh sebab itu, SPR tidak boleh terus bersikap sedemikian rupa dan ini akan berbahaya apabila orang ramai tidak percaya lagi kepada SPR.

Baru-baru ini kita lihat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik berkata, mereka sudah lakukan apa yang dituntut oleh Bersih.Kerana itu katanya, beliau tidak faham apa lagi yang hendak dituntut mereka sedang banyak pertemuan dan perbincangkan dilakukan bersama mereka. Apa pandangan Dato'?

MAHFUZ: Saya hendak katakan di sini bahawa pilihan raya bersih bukan hanya pada SPR kerana sekarang ini apabila kita bercakap tentang warga asing menggunakan kad pengenalan itu bukan tanggungjawab kamu sebab itu di bawah Pejabat Pendaftaran Negara.

Ini masalahnya kerana SPR tidak hendak melihat secara yang lebih menyeluruh sebab itu yang kita tuntut sekarang ini bukan sahaja daripada SPR.Tetapi yang kita tuntut supaya kerajaan tidak manipulasi semua agensi-agensi kerajaan itu untuk kepentingan politik pilihan raya mereka.

Sebab itu bagi saya bahawa memang SPR akan dengar apa lagi kalau dalam konteks SPR banyak lagi yang kita mahukan. Apa lagi tentang dakwat kekal yang masih belum dilaksanakan.Kedua kita minta supaya pembersihan daftar pemilih, pengundian undi pos dan SPR juga harus memastikan bahawa media yang lebih bebas dan terbuka dan juga calon dan juga calon dan rakyat dapat akses maklumat yang adil.

Bagi saya bukan hanya bahawa bidang kuasa SPR tetapi banyak lagi yang diragukan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara.

Jadi bagaimana kalau SPR boleh membiarkan dalam keadaan memberikan warga asing hak untuk mengundi dengan melalui pemberian kad pengenalanan kepada wagara asing itu sangat bahaya.Ia menggambarkan SPR turut menjual negara kita ini kepada warga asing. Itu sangat berbahaya.

Baru-baru ini juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengatakan Bersih 2.0 yang akan dianjurkan bertujuan membangkit rasa kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Benarkah dakwaan tersebut?

Dato' Mahfuz: Kalau tujuan Bersih itu untuk menimbul kebencian itu kepada BN, memanglah. Macam itu juga Umno pun buat perhimpunan menyuruh orang meluat kepada Pakatan Rakyat, kepada PAS, DAP dan KeADILan.Takkan Bersih buat perhimpunan rakyat itu untuk mengajak orang sayang kepada BN dalam keadaan BN korup, zalim , tidak adil dan sebagainya.Takkan kita hendak suruh orang sokong mereka. Jadi kalau Perhimpunan Bersih itu mengajak orang untuk benci kepada BN itu satu perubahan sebab BN dilihat tidak bersih.

Bagaimanapun hakikatnya Perhimpunan itu bukan hendak mengajak benci kepada sesiapa tetapi perhimpunan Bersih itu untuk memastikan proses pemurnian dan kesuburan demokrasi pilihan raya dalam negara kita nesti berjalan. Itu yang kita hendak.Sebab itu kalau demokrasi pilihan raya subur dan murni, jika rakyat hendak sayang kepada BN terpulanglah. Kita tidak boleh halang.Ini satu benda yang cukup baik sebab itu bagi bagi saya BN kena dengar dan tidak boleh halang Himpunan Bersih itu kerana himpunan tersebut akan menguntungkan mereka.

Kalau Himpunan Bersih itu menyebabkan akhirnya kerajaan dan agensi kerajaan untuk pastikan pilihan raya itu bersih semua orang akan undi . Tidak ada masalah kepada kami dan itulah demokrasi.

Dalam masa yang sama Perkasa ada menyebut Perhimpuna Bersih berniat jahat. Apa komen Dato?.

MAHFUZ: Perhimpunan bersih berniat baik kerana bertujuan untuk keseburan demokrasi untuk generasi akan datang.Kita tidak boleh diam dalam keadaan negara kita pada masa depan berlaku dalam keadaan kuasa politik itu terus dikuasai oleh kepentingan penyangak-penyangak dalam negara kita itu adalah Umno dan BN .Kalau Umno itu betul saya tidak kisah, kalau Umno sudah perlihatkan sikap ketidakadilan mereka.Jadi tidak boleh tidak boleh menuduh berniat jahat. Ia baik untuk masa depan negara kita.Ia berniat baik untuk kepentingan negara kita supaya tidak dikuasai warga negara asing. Bagi saya bahawa sesiapa yang menghalang Perhimpunan Bersih itu bermakna mereka adalah agen kepada warga asing.

- Bersih akan adakan perhimpunan pada 9 Julai ini. dalam masa yang sama kita lihat polis, pimpinan Umno berterusan menentang. Apa sebabnya mereka menentang, apakah mereka bimbang akan kehilangan kuasa?.

MAHFUZ: Sepatutnya mereka harus berfikiran positif maknanya mereka tidak menentang .Perhimpunan Bersih dibuat itu untuk kebaikan negara. Maknanya jika mereka biar berkemungkinan ada rakyat kata kerajaan mengamalkan demokrasi.Sepatutnya mereka kena berfikiran positif dan tidak boleh mengatakan kalau buat benda itu orang akan benci kepada BN. Tetapi kalau mereka tidak buat gangguan mungkin orang akan hormati balik kepada BN.Keduanya, mereka perlu perbaiki proses pilihan raya itu agar ianya bersih.

Jadi kalau buat pilihan raya bersih semestinya Pakatan Rakyat akan menang. Kemungkinan kalau pilihan raya itu bersih BN akan kalah,Mereka menghasut rakyat akan berlaku huru-hara dan ini akan menambah kebencian rakyat kepada BN.

Baru-baru ini Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan akan batalkan Himpunan Bersih jika perdana menteri dan SPR selesaikan tuntutan Bersih. Apa pandangan Dato'?

Bersih dibuat kerana pilihan raya itu kotor dan mahu menuntut supaya pilihan raya itu bersih jadi kalau dia boleh beri jaminan buat satu jaminan yang konkrit dan bukan jmainan mulut.Jaminan mulut siapa pun boleh tetapi jenis konkrit kepada pindaan undang-undang dan tidak akan dibuat selagi mana undang-undang itu tidak dipinda pilihan raya akan dibuat dalam negara kita selagi mana satu kebebasan media itu dibuat secara undang-undang.Baharu kita boleh pertimbangkan sebagaimana kata Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa Bersih ini egen parti pembangkang walaupun dianjur Badan Bukan Kerajaan (NGO)?.

MAHFUZ : NGO Bersih ini adalah egen kepada rakyat. Mereka juga agen demokrasi. Mereka bukan egen parti pembangkang mereka ada egen rakyat dan egen demokrasi tulen.

- Apa harapan Dato' terhadap perjalanan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan?

DATO' MAHFUZ: Bagi saya perhimpunan itu diharap berjalan dengan aman dan tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak dan kumpulan .Ini kerana kita dengar ada orang ugut bahawa jika berlaku akan terjadi seperti 13 Mei. Tetapia mereka kena ingat peristiwa 13 Mei itu antara Melayu dan Cina.Ini Melayu pun ramai akan menyertai Bersih takkan kumpulan-kumpulan seperti Perkasa semuanya hendak membunuh sesama Melayu.Sebenarnya, mereka ini sudah menyimpang daripada niat sebenarnya. Mereka sengaja untuk menghuru-hara negara.Sepatutnya bagi saya polis menghalang mereka daripada menghuru-harakan negara dan membenarkan Perhimpunan Bersih.

-Detikdaily


No comments:

Post a Comment