Putera Albert 11 digesa pulangkan derma Rosmah
Badan pejuang alam sekitar, Bruno Manser Fund (BMF), "mengesyaki"
derma itu mungkin dibiayai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mereka dakwa bertanggungjawab terhadap kegiatan pembalakan yang memusnahkan hutan di negeri ini.
"Sumber 100,000 euro (RM437,500) itu adalah tidak jelas, dan oleh itu, dana tersebut tidak sepatutnya diterima oleh Yayasan Putera Albert.
"Kami mencadangkan Albert memulangkan wang tersebut kepada masyarakat Penan, golongan paling terpinggir di Malaysia, bagi menyokong perjuangan mereka untuk mempertahankan hutan daripada pembalakan," kata BMF dalam satu kenyataan akhbar.
Rosmah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Albert di Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Ogos tahun lalu untuk Yayasan Putera Albert.
Menurut lamanweb yayasan tersebut, yayasan itu adalah untuk "melindungi alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan".
Sebelum ini, Borneo Post melaporkan, dan diterbitkan semula dalam lamanweb rasmi Taib, bahawa derma tersebut dikumpulkan oleh Festival Fesyen Islam KL-Jakarta (IFF) ""melalui penaja untuk menyokong promosi pelancongan Sarawak".
BMF - yang dinamakan sempena aktivis Switzerland yang mempertahankan kepentingan kaum pribumi di Sarawak dan hilang sejak 2000 - juga menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara Taib dan Albert.Mk
No comments:
Post a Comment