Wednesday, June 29, 2011

AKTA MANA NI??? Kemeja-T Bersih 2.0. diHaramkan ....Kah kah kah



[TMI] PUTRAJAYA, 29 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram itu bulan depan. 



“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. 


Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram. 


Polis mula menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej “Bersih 2.0” sejak minggu lalu. 


Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau juga mengetepikan dakwaan bahawa tindakan polis ke atas mereka yang menyokong perhimpunan 9 Julai ini, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bermotifkan politik. 


“Di pihak mana? Saya boleh bertanya perkara yang sama kepada mereka,” kata beliau. 


Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli Pemuda Umno yang mengepung ibu pejabat PKR malam kelmarin, yang didakwa mengugut untuk membakar premis itu. 


“Saya memberitahu polis agar melayan mereka macam Bersih. Tiada sesiapa pun bebas daripada undang-undang,” katanya lagi.
P/s: Bila pula nak haramkan penggunaan perkataan BERSIH? Kah kah kah....

Dah Pening!!!! KLIK Sini >>>

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular