Saturday, July 9, 2011

Kronologi Detik Cemas Chegubard Selamat Dari Taktik Polis Redah Hotel!

Aksi bermula ketika balik dari ceramah di Taman Melewar, Gombak. Selesai ucapan chegubard kami terus bergegas balik ke Hotel, mengejar waktu sebelum jam 12. Andai melebihi jam 12, pasti terbit kesukaran untuk masuk ke Kuala Lumpur ditambah lagi dengan susuk Chegubard berada dalam kereta.

Sepanjang perjalanan balik ke hotel, hanya menempuhi satu sekatan polis. Berkat bacaan selawat dan doa berlima dari dalam kereta, pihak polis tidak mengecam ada pimpinan yang diharamkan menjejak kaki di KL. Kami lepas sekatan tersebut dengan penuh debaran.

Namun ketika sampai di hotel, baru kami perasan ada ekor di belakang. Kami tak sedar sejak bila diekori namun kereta persona hijau itu terus berlalu melepasi kawasan kami parking. Keadaan itu menyebabkan kami lebih berhati-hati memastikan Chegubard sampai ke bilik hotel yang telah di'decoy'.

Sampai di bilik, kami fikir semuanya selamat namun meleset setengah jam kemudian. Keadaan kembali cemas apabila bilik 'decoy' yang dihuni oleh 26 pejuang SAMM (2 bilik conecting) telah diketuk pihak polis. Rupanya seorang pejuang SAMM telah ditahan di lobby hotel dan BlackBerry beliau telah digunakan oleh pihak polis untuk mencari Chegubard.
Kami yang berada di bilik yang terasing telah mengambil langkah untuk meninggalkan hotel dan bergerak ke satu penempatan rahsia di pinggir Kuala Lumpur. Dengan berhati-hati, kami berjaya membawa Chegubard keluar dari hotel melalui tangga kecemasan dan menyusup keluar dari parking hotel. Daripada 8 orang penghuni bilik, hanya 3 orang sahaja yang stay termasuklah tetamu kami Poji TPU yang sepanjang hari ini bersama edyes. Mereka selamat hingga pagi ini. Ok selesai satu bab!

Sementara itu di bilik kembar pejuang SAMM, pihak polis yang diketuai oleh si 'tiga paku satu crown' masih di luar pintu bilik. Lebih mengejutkan pihak polis telah menggunakan Poji (Pejuang SAMM yang ditangkap di lobby hotel) untuk memujuk rakan SAMM yang lain membuka pintu bilik. Menyedari ianya adalah tipu muslihat, pejuang SAMM tidak membuka pintu bilik. BlackBerry Poji bundle juga digunakan sebagai perangkap tetapi apabila ditanya kod rahsia, tiada jawapan selepas itu.

Aku cukup berdebar kerana kami di luar sini menyangka Poji yang dimaksudkan ialah Poji TPU, kerana ketika itu Poji TPU tinggal di bilik asing. Persoalan ketika itu, adakah bilik yang diasingkan ini juga diserbu? Sekitar jam 3pagi baru kami tahu Poji TPU selamat di bilik tetapi Poji SAMM yang ditahan pihak polis. Sehingga sekarang Poji SAMM masih tidak dapat dihubungi.
Sebelah pagi (sekarang);

Kami bersama Chegubard sedang bersiap untuk kembali meredah sekatan untuk ke Kuala Lumpur. Dengan tekad, tiada sebab untuk kami dihalang untuk memasuki ibu negara. InsyaAllah kami akan sampai ke tempat berhimpun.

Ini bukan Palestin, ini bukan semenanjung Gaza yang disekat keras oleh Israel !! Ini adalah negara kita, ibu negara kita, tanah tumpahnya darah kita!!! Tidakkah sama wataknya dengan yahudi lakhnatullah, apabila menyekat rakyat negara sendiri untuk memasuki ibu negaranya?

Keadaan di bilik yang dihuni puluhan pejuang SAMM juga selamat apabila tiada lagi polis mengawal pintu bilik sejak subuh tadi. Difahamkan mereka semua telah sedia untuk bergerak keluar walau apapun terjadi. Rakan SAMM di beberapa hotel lain tiada masalah dan juga bersedia untuk berhimpun.

Semoga semua pejuang demokrasi selamat dari sebarang ancaman berupa yahudi! Doakan kami selamat. Difahamkan telah ada tangkapan pagi ini, tapi kami tidak gentar! Kami datang dengan aman untuk berhimpun.

EDYES @ edyesdotcom

No comments:

Post a Comment