Pasukan polis dijangka berdepan dengan Pemuda Umno dan gabungan BERSIH selepas kedua-duanya tetap bertekad untuk meneruskan perhimpunan masing-masing.
Pemuda Umno, yang mahu mempertahankan sistem pilihan raya, akan berkumpul di Bukit Bintang pada jam 1.30 tengahari. Ini merupakan perubahan masa pada saat-saat akhir, dari jam 10 pagi yang diumumkan sebelumnya.

BERSIH telah mengumumkan tetap akan berkumpul di Stadium Merdeka pada jam 2 petang bagi menuntut pembaharuan terhadap sistem pilihan raya yang didakwanya tidak bebas dan tidak adil.
Walaupun sekatan diadakan di simpang dan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur, trafik berjalan lancar kerana jumlah kenderaan yang rendah.
Bagaimanapun lalulintas tersangkut teruk di pinggir bandar ketika polis memeriksa kenderaan bagi mengesan mereka yang mungkin menyertai perhimpunan di ibunegara.
Majoriti anggota polis ditempatkan berkawal di lokasi penunjuk perasaan biasanya berkumpul - Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kawasan dan pusat membeli-belah Sogo.
Kenderaan yang memasuki kawasan ini diperiksa rapi. Juga terdapat anggota polis yang ramai di Masjid Negara.
Perkhidmatan LRT dan Komuter beroperasi seperti biasa, tanpa apa-apa stesen yang tidak dapat dimasuki.
Ramalan cuaca di Kuala Lumpur dijangka terang dan mendung dengan kemungkinan berlaku hujan dan petir.
Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan memaparkan tajuk berita utama berwarna merah - KL darurat hari ini? - diikuti dengan tajuk sampingan - Ada pihak rancang lepaskan tembakan dan tuduh angkara polis. Mk

No comments:
Post a Comment