Friday, July 22, 2011

Judi : Mengapa UMNO dan PERKASA tidak bersuara????

Umno berdendam Judi
Ketika keinginan membuak-buak pimpinan Umno-BN untuk meluluskan judi bola sebelum ini terhalang akibat desakan dan bantahan orang-ramai yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. 



Mereka tahu dengan kelulusan itu nescaya duit persiapan Umno-BN untuk pilihanraya terdekat ini dijangka selesai. Malangnya apabila hasrat terbatal. Apatah lagi rakyat berarak ke rumah Timbalan Menteri Kewangan di Bachok iaitu Datuk Awang Adek yang dikatakan orang yang turut sama melibatkan diri dalam kelulusan judi bola.

Mungkin Umno berdendam dengan Pas Kelantan. Apatah lagi Kerajaan Kelantan telah mengaramkan premis perjudian beroperasi dinegeri Kelantan sejak 1990 dan di Terengganu pada tahun 1999. Para kroni dan cukong rangkaian perjudian mengalami kerugian kerana tidak berpeluang dihalalkan perniagaan mereka kepada rakyat negeri tersebut.


Hari ini mungkin pihak Umno boleh menarik nafas lega apabila beberapa orang cina yang dibelakangi parti kompenan Barisan Nasional iaitu MCA, telah menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana diharamkan premis judi di Kelantan. Samalah juga dengan isu pusat hiburan di Kedah yang didalangi oleh BN iaitu melalui MCA dan Gerakan yang membantah larangan pusat hiburan beroperasi dibulan Ramadhan.

Mungkin Umno rasa gembira kerana negeri Melaka yang dipimpin oleh Umno iaitu Ali Rustam pula telah melanjutkan tempoh operasi Puat Hiburan dari jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.




KOTA BHARU, 21 Julai: Tanpa rasa syak lagi Kelantan kemungkinan besar kembali ke era lama sekiranya Umno diberi mandat semula mentadbir negeri ini. Premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kemungkinan itu tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.

Katanya, kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri.

“Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu. Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut,” katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi. Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan. Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam.

Malah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian.

Apapun kita ucap terimakasih… kerana langkah yang diambil oleh BN Kelantan itu akan makan tuan. Nampak sangat dendam mereka terhadap pengharaman judi. Yelahh… nadi Umno sendiri pun berdenyut dengan hasil judi sejak awal ia ditubuhkan dengan meluluskan judi ‘loteri kebajikan’. - 



Gambar: Keratan Akhbar Utusan Melayu (jawi) bertarikh 1951 diatas menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM. Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951:Sumber


Rakyat Kelantan yang berlatarbelakangkan agama dan ramainya tokoh-tokoh ulama yang mendidik rakyatnya akan menambahkan kebencian mereka terhadap Umno dan member modal kepada Pas untuk mengajak rakyat agar tidak bersekongkol dengan Umno-BN. Isu saman kes judi ini samalah dengan zaid Ibrahim yang saman hukum hudud di Kelantan. Kerja orang jahil dan kerja orang bodoh. - ustsaifulbahri.blogspot.com

No comments:

Post a Comment