Tuesday, July 19, 2011

Inikah filem BERSIH arahan Muhyiddin????

BERSIH 2.0 [Top #10 Police Brutality] 


Kegelabahan BN akibat terdedahnya banyak video keganasan pihak polis dalam himpunan Bersih menyebabkan Timbalan Presiden UMNO bingkas bangun mempertahankan pihak polis. Katanya, pihak polis tidak ganas, sebaliknya hanya bertahan. 

Katanya lagi pihak beliau akan mengeluarkan video kononnya mengenai gambaran sebenar Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai lalu. Tok Senapi dak boleh agak lepas ini kan muncullah video yang menggambarkan para demonstran bertindak ganas memulakan angkara,melakukan provokasi, melempar objek kepada polis dan bermacam-macam lagi. 


Kalau kita masih ingat beberapa hari menjelang himpunan Bersih polis adakan latihan menghadapi demonstrasi. Tidak mustahil video latihan itu akan digunakan oleh mereka bagi menipu rakyat kononnya itulah demonstrasi yang sebenar. Kalau bom petrol, parang dan gambar Rashid Maidin pun mereka boleh adakan untuk burukkan Bersih, maka tidak sulit sangat bagi mereka untuk menyiarkan video palsu Bersih.


UMNO Be End sanggup buat apa saja untuk memburukkan Bersih, bagi mereka tiada halal haram untuk menipu kerana itu adalah ajaran yang mereka anuti sejak berzaman. - KL


No comments:

Post a Comment