| Gambar Hisan |
Biarkan UTUSAN dan MEDIA PENIPUnya dengan angka 5 & 6 ribunya.. biarkan puak UMNO-BN berkata BERSIH TIADA SAMBUTAN, biarkan KPN menipu secara terang terangan, yg pasti mereka yg ada di sana sahaja yg tahu jumlahnya! Kita para PEJUANG telah membuktikan gelombang BERSIH 2.0 gagal disekat!

RIBUAN POLIS dikerah siang malam tanpa henti untuk menyekat kemaraan RAKYAT. Walaupun dukacita ramai yang tersekat di LUAR Kuala Lumpur, di DALAM hotel sekitar Kuala Lumpur, di jalan jalan raya sekitar PINGGIR Kuala Lumpur, tapi atas semangat dan perjuangan yang bukan bersifat peribadi, mereka yang sedia ada di Kuala Lumpur mara tanpa berpaling lagi. Puluhan ribu manusia membanjiri Kuala Lumpur membawa harapan RAKYAT MALAYSIA. tanpa sebarang UPAH wang ringgit, dengan risiko yang boleh membuatkan hidup merana, mereka tetap mara kehadapan!
No comments:
Post a Comment