Tiada gas pemedih mata dilemparkan di Tung Sin, kata polis
Hospital Tung Sing |
Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis."... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.
Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.
P/s: Aduhai! Najib dengan syok sendirinya, KPN semalam dengan anggaran 5000-6000nya serta penafian DSAI tercedera. Hari ini Pemangku Ketua Polis KL tergamam kerana kantoi ketika menafikan polis "menyerang" perkarangan Hospital Tung Sing! Bukti kekasaran polis bersepah di internet. Beribu-ribu rakyat yang dizalimi berada di tempat kejadian. Mereka masih mahu menafikannya. Di mana kredibiliti dan integiriti polis Malaysia?
Hospital Tung Sing tidak mahu saman? - DCM
Kalau tak menipu tidak sah. Sedangkan bukti bergambar begitu jelas dan nyata telah berlaku tembakan gas pemedih mata ke arah perkarangan hospital Tun Shin.
Kerja yang seperti binatang dan tidak berperi kemanusiaan.Amar Singh yang menipu rakyat Malaysia ini perlu dipecat dari jawatannya.
Petikan laporan semalam:
Kerja yang seperti binatang dan tidak berperi kemanusiaan.Amar Singh yang menipu rakyat Malaysia ini perlu dipecat dari jawatannya.
Petikan laporan semalam:
4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan peserta BERSIH.
Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka. - GB
No comments:
Post a Comment