Datuk Salleh menyifatkan demonstrasi yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini sebagai bukan budaya rakyat Malaysia.
Saya tidak terkejut dengan kenyataan dari pemimpin UMNO seperti Datuk Salleh. Beliau bukan seorang pemimpin tulen, melainkan hanya tau mengampu, membodek dan 'angkat kaki'.
Sayang, seorang yang berpendidikan tinggi seperti Datuk Salleh tidak mampu menyerlahkan daya intelektual beliau bila berhujjah. Tetapi begitulah realiti politikus Sabah, bila sudah ada jawatan, ada habuan projek bernilai ratusan juta ringgit, ada ribuan ekar kawasan balak, maka otak mereka pun jadi dungu, bengap dan jumud. Mereka mula merapu, bercakap seperti seorang budak Tadika. Memalu dan mengaibkan diri sendiri.
Saya tidak bersetuju menggunakan pendekatan demonstrasi bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Itu semua tidak perlu. UMNO telah lakukan pendekatan tersebut di Perak. Tetapi UMNO buat-buat bodoh bahawa sebenarnya merekalah yang menggunakan jalan 'huru-hara' bagi menjatuhkan sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi. UMNO juga telah lakukan pendekatan secara menipu dengan kerjasama SPR ke atas kerajaan PAS di Trengganu pada tahun 2004 yang menyaksikan PAS kalah melalui jumlah pengundi yang meningkat secara luar biasa di hampir semua kerusi DUN di Trengganu.
UMNO juga telah lakukan pendekatan ala samseng pada tahun 1978 bagi menjatuhkan kerajaan Kelantan yang diterajui PAS ketika itu. UMNO juga melakukan pendekatan secara jijik dengan membeli beberapa wakil rakyat PBS bagi menjatuhkan kerajaan PBS pada 1994.
Semua insiden ini telah dilakarkan dalam sejarah dan rakyat hanya perlu menelaahnya melalui bahan bacaan sama ada secara maya ataupun dalam susunan rak buku-buku diperpustakaan.
Sebelum BERSIH memutus untuk mengadakan demonstrasi aman pada 9 Julai, 2011, pelbagai pendekatan secara ilmiah dan budiman telah dilakukan oleh pihak penganjur.
Berpuluh memorandum juga telah dihantar kepada SPR yang menggesa supaya kepincangan dalam sistem pilihanraya di perbetulkan.
Tetapi malangnya, sebagaimana diketahui umum, SPR adalah alat dan perkakas kepada UMNO/BN. Jadi, mana mungkin SPR bersedia untuk memperbetulkan kepincangan dalam sistem pilihanraya yang memberi kelebihan kepada UMNO.
Banyak kepincangan yang dibiarkan oleh SPR seperti undi pos, media TV yang membiarkan pemimpin UMNO terus berkempen walaupun tempoh berkempen sudah tamat, penggunaan dakwat hitam di jari setiap pengundi bagi mengelakkan pengundi hantu dan juga dari mengundi dua kali, etc., etc.
Hanya setelah SPR terus membisu dan bersikap 'buat bodoh' di atas cadangan-cadangan ini, maka tiada jalan lain melainkan menzahirkan perasaan melalui demonstrasi. Itulah pilihan terakhir.
Datuk Salleh kata demonstrasi bukan budaya rakyat Malaysia. Datuk Salleh pun bukan faham sangat matlamat demonstrasi tersebut. Beliau berfikiran demonstrasi BERSIH ni macam demonstrasi yang UMNO buat, penuh dengan perbuatan ganas, mengheret kepala lembu bagi menzahirkan kebencian mereka keatas penganut agama Hindu sebagaimana yang mereka lakukan di Selangor.
UMNO anjurkan demonstrasi di Kelantan dengan menghasut orang asli menentang projek Ladang Rakyat. TV 3suku pula bersedia menjadi penyambung lidah ke atas perbuatan yang tidak bertamaddun ini dengan mencanangkannya ke seluruh negara. UMNO anjurkan demonstrasi di Pulau Pinang dengan mendapat sokongan dan dokongan PERKASA yang bersifat rasis.
Bagi Datuk Salleh, mungkin demonstrasi sebeginilah yang sepatutnya menjadi budaya rakyat Malaysia. Kalau beginilah caranya yang beliau inginkan, maka UMNO lah sebenarnya menjadi punca tercetusnya huru hara dalam negara ini.
Apakah tidak wajar UMNO ditumbangkan dalam PRU akan datang bagi merealisasikan sebuah kerajaan berteraskan ketuanan rakyat? Jawapannya ada pada setiap rakyat yang cintakan kepada demokrasi sebenar!
Salam Hormat,
IBNI ABDULLAH (sabahkini)
No comments:
Post a Comment