Thursday, June 30, 2011

Tindakan POLIS untuk kepentingan SEBELAH PIHAK?? - Blogger UMNO


Polis – akhirnya UMNO juga yang payah
Persepsi mengundang kepayahan untuk UMNO membuktikan bahawa ketelusan POLIS menangani isu BERSIH 2.0 berpaksi kepada keadilan dan kesaksamaan. Polis perlu lebih jelas bermatlamatkan KEPENTINGAN NEGARA dan bukan kepentingan sesetengah pihak.
Dalam banyak isu penerangan jelas perlu kerana membukitnya persepsi negatif terhadap polis adalah kerana tindakan mereka sendiri. Kita tidak mahu sebarang tindakan yang akan menerbitkan keadaan huru-hara dalam negara.
Kita semua mahukan yang terbaik buat negara kita ini. BERSIH 2.0 bukan satu resolusi yang baik namun tindakan PATRIOT dan PERKASA juga bukan sesuatu yang boleh dibanggakan
Kehadiran Pemuda UMNO ke pejabat PKR juga bukan sesuatu yang wajar begitu juga rancangan untuk hadir ke Pejabat Perdana Menteri untuk tujuan membalas kunjungan Pemuda UMNO ke ibu pejabat PKR.
Polis perlu nampak cenderung kepada tindakan yang tidak berpihak dan ini perlu dipertunjukkan kepada rakyat agar persepsi buruk tidak terbentuk dalam menangani isu BERSIH 2.0 ini. 
Kalau kemeja T BERSIH dikatakan menghasut untuk melakukan demo serta mampu menerbitkan huru-hara mengancam keselamatan dalam negara – apa pula halnya memakai kemeja T - Patriot dan tindakan segelintir Pemuda UMNO yang hadir untuk menghasut agar bahang penentangan di tiupkan antara parti dengan parti.
Apa pula halnya PERKASA dengan kenyataan-kenyataan yang menghasut dan mengapi-apikan penentangan secara fizikal yang mahu dan mungkin tercetus akibat demonstrasi.
Banyak perkara yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak sihat – bahawa polis bertindak berat sebelah. Ini perlu di BERSIH kan juga. 
Kita sepatutnya tidak mengundang kebencian. Ini tidak menguntungkan kita. Kerajaan BN sudah amat dewasa untuk mengetahui cara bertindak tetapi tindakan yang menyelamatkan negara jangka pendek tetapi tidak akan menguntungkan kita dalam jangka masa panjang – merugikan semua usaha untuk penyatuan dan mengembalikan sokongan padu rakyat pada kerajaan masa kini. 
Kita perlu sedar – kita bukan hanya berdepan dengan panggilan demokrasi PRU 13 sahaja tetapi kita akan berdepan dengan banyak lagi situasi penentu demokrasi yang merujuk kepada rakyat untuk membuat pilihan. 
Adakah kerana kehendak hari ini akan menjadi penyebab runtuhnya kerajaan dalam pilihan seterusnya akibat persepsi negatif oleh rakyat. Adakah kita tidak pernah mengkaji – apa yang berlaku pada tahun 1998 – sebagai contoh untuk kita mengatur langkah. Asas yang penting – jangan menimbulkan kemarahan rakyat kepada kita. - umno-reform2

No comments:

Post a Comment