Thursday, June 30, 2011

GURU SILAT TIDAK PERLU LAH KALUT DENGAN BERSIH, JIKA HEBAT DAFTAR NAMA UNTUK KE PALESTINE

ADA seorang Guru Silat, terkenal dulu kerana pernah dibuang daerah ke Pulau Jerjak kalau tak silap kerana menunjukkan `gedebe'nya. Bila keluar dari pulau tersebut, menjadi pengampu nombor Wahid kepada Umno. Baru-baru ni, Guru Silat yang OKU ini bercakap bagaikan `Panglima Harimau Berantai' kununnya sanggup bermandi darah sekiranya BERSIH meneruskan perhimpunan.

Guru Silat ini dulu pernah menunjukkan `kehebatan'nya apabila beliau di`tanam' hidup-hidup selama beberapa minit. Setahu saya Silat yang sebenarnya bukan untuk
dimegah-megahkan tetapi hanya digunakan untuk mempertahankan diri atau membantu orang yang dizalimi. Tetapi, sekarang ini Silat hanya sebagai pertunjukan sahaja lebih dahsyat lagi pertubuhan Silat kini banyak yang telah diperkudakan.


Adalah lebih baik Guru Silat ini tidak melibatkan diri dengan pihak yang zalim demi untuk mendapat nama. Untuk apa beliau mahu menunjukkan hebat kepada kumpulan BERSIH yang berniat baik? Jika mahu sangat berjuang, hantar sahaja nama dan kumpulkan anak-anak muridnya itu untuk berpencak silat di Palestine bagi menentang Israel. Di sana, bukalah berapa banyak `bunga atau langkah' sekalipun, mudah-mudahan dapat `mati syahid'.

Mengapa sibuk mahu tunjuk hebat kepada rakyat yang mahu membersihkan sistem yang kotor? Sebelum mahu ke medan juang, tentukan dahulu siapa musuh kamu yang sebenar. Jangan ikut rentak puak yang akan memperbodohkan petubuhan kamu itu. Adakah bila Guru Silat ini berkata akan menentang BERSIH, maka rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH ini akan kecut? Jika pihak Polis yang memberikan berbagai amaran pun peserta BERSIH tetap istiqomah untuk berhimpun, apa sangat lah dengan Guru Silat ini.

Kita bukan mahu memperlekehkan pertubuhan silat, tetapi kita sedih bila melihat Pendekar-Pendekar yang terlatih ini diperbodohkan oleh puak yang ingin terus berkuasa dan menindas rakyat. Tergamakkah pertubuhan silat ini melanggar sumpah pendekar mereka sendiri? Masih banyak lagi pertubuhan silat yang tidak mahu menonjolkan diri dan mengampu kerana mereka tahu tujuan dan motif pihak yang menentang BERSIH ini. 

Seandainya Guru Silat ini masih merasakan beliau hebat dan ingin menunjukkan egonya, kita tak mampu berbuat apa-apa. Kita tidak mahu beraduh dengan sesiapa tetapi kita juga tidak mempunyai sebab untuk tidak berhimpun hanya kerana Guru Silat ini./wfauzdin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment