Thursday, June 2, 2011

Siasat pemilik Facebook ‘Harapan Rakyat’


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki membuat laporan di Balai Polis Sentul menggesa polis menyiasat pemilik akaun laman sosial Facebook ‘Harapan Rakyat’ dipercayai milik seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang didakwa menyiarkan gambar rumah dan keretanya tanpa kebenaran.


Shamsul Azra Mohd Hussain berkata, dia meminta polis menyiasat pemilik akaun itu kerana bimbangkan keselamatan keluarganya yang dirasakan terancam sejak gambar itu dimuat naik pada Rabu lalu. 


Katanya, dia menyedari gambar itu dimuat naik selepas dimaklumkan oleh rakan-rakannya antara jam 8.15 hingga 11 pagi hari sama. 

“Sejak gambar itu ada di Facebook, isteri saya mengadu melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di sekitar rumah saya. 

“Saya harap polis dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana saya sangat bimbangkan keselamatan saya sekeluarga termasuk harta benda,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis petang semalam. 

Menurutnya, dia percaya pemilik akaun sendiri mengambil gambar itu berdasarkan keterangan disertakan pada gambar itu. 

Katanya, sejak gambar itu dimuat naik juga berlaku insiden cermin depan keretanya dipecahkan di Alamanda, Putrajaya dan dia percaya kejadian itu mempunyai kaitan gambar itu. 

“Saya pelik kerana saya langsung tidak mengenalinya malah perkataan dalam gambar itu juga ternyata bukan saya dan mungkin berlaku kesilapan identiti dalam hal ini,” katanya.


Sumber gambar di sini. 
(Kredit: Kerengga)
Siapa Pas Beruk dalam kes memburuk-burukkan ADUN Selising? Saya petik sedikit tulisan Gomo:
FITNAH? Gomo dan Team Nadi Rakyat Fitnah? Blogger Blogger yang memainkan Isu Adun Selising Juga FITNAH? Benar FITNAH?

Blogg dan Facebookers Pakatan Pembangkang menyatakan Gomo Fitnah malah mereka siap mengeluarkan Bukti kononya Gomo, Azmy dan Pas Beruk lah yang mereka reka Ustaz Saidi yang di tetak pada malam kejadian sepertima yang Gomo laporkan.
Jadi, Pas Beruk ini adalah salah seorang ahli pasukan memburuk-burukkan ADUN Selising di Facebook, dan usaha itu diteruskan pula oleh Papa Gomo di blognya.


Selain terlibat dalam kes memburuk-burukkan ADUN Selising, Pas Beruk terkenal dengan kata-kata kurang sopannya di FB.


Berdasarkan keterangan gambar yang saya salin dari Facebook Husaini Abdul Karim, Pas Beruk ini dikatakan nama samaran kepada Syamsul Azrai Mohd Hussain yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Biro Tata Negara. Benarkah manusia yang menggelarkan diri Pas Beruk ini adalah Syamsul Azrai yang bertugas di BTN?


No comments:

Post a Comment