Tuesday, June 14, 2011

Sebut PD terbayang "PENYANYI", sebut PD terbayang "PM" dan "ISA" kah kah kah

Projek bersepadu di Springhill tingkat destinasi pelancongan Asia Tenggara 

FASA pertama bandar pendidikan perubatan bersepadu di Bandar Springhill, Port Dickson yang dibangunkan Kumpulan UCSI akan siap pada 2012, sekali gus bakal mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan di Asia Tenggara.


Projek bernilai RM850 juta itu akan membabitkan pembinaan Hospital Universiti UCSI yang memuatkan 1,000 katil, Sekolah Antarabangsa UCSI yang menawarkan program International Baccalaureate diiktiraf dunia untuk pelajar berusia tiga hingga 19 tahun, Hotel UCSI bertaraf lima bintang serta sebuah kampus baru Universiti UCSI.


Apabila keseluruhan pembangunannya selesai menjelang 2015, ia bakal menyediakan 2,000 peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan serta menjana pendapatan kasar bernilai RM1.3 bilion kepada negara menjelang 2020. 

Ketua Eksekutif Wakil Hospital Universiti UCSI, Dan Snyder, berkata bandar pendidikan bersepadu itu dibina dengan matlamat menjadikannya sebagai destinasi pelancongan perubatan bertaraf dunia. 

Katanya, hospital yang dibina itu akan menyediakan perkhidmatan perubatan bertaraf antarabangsa, termasuk perubatan pencegahan dan kaedah perubatan pemulihan sambil dilengkapkan dengan keadaan yang selesa. 

“Dengan lokasi premium dan kos yang berkesan, Malaysia sangat sesuai menjadi pusat pelancongan perubatan antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan premium,” katanya selepas pengumuman laporan kemajuan keenam Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, semalam. 

Projek bandar pendidikan perubatan bersepadu Kumpulan UCSI itu diletakkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sektor pendidikan

Snyder berkata, sebagai hospital pendidikan swasta pertama negara, Kumpulan UCSI akan mengutamakan kemudahan perubatan bertaraf dunia, pakar penjagaan kesihatan antarabangsa serta penyelidikan perubatan terkini. 

“Melalui ETP, kami telah memperkemaskan usaha untuk bekerja dengan lebih cekap bagi memastikan perkembangan yang dirancang bergerak secepat mungkin,”
katanya. 

Hospital Universiti UCSI akan menjadi hospital pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan anti penuaan, esthetik dan perubatan regeneratif. 

Ia menyasar untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan bioperubatan yang memberi tumpuan kepada barah, farmaseutikal dan perubatan regeneratif. BH 



Sumber Gambar : sharpshooterblogger

No comments:

Post a Comment