Thursday, June 30, 2011

Polis leraikan pertembungan Pemuda Umno dan AMK


PETALING JAYA:  Polis terpaksa meleraikan pertembungan yang menyebabkan huru di perkarangan ibu pejabat PKR di Tropicana yang membabitkan Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tengah hari tadi.

Enam kereta polis yang turut berlegar-legar  di kawasan ibu pejabat PKR itu.


Ketua Balai Polis Damansara, Thomas Long kelihatan berbincang dengan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Kekacauan bermula apabila sekumpulan 30 ahli Pemuda Umno yang diketuai Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bertembung dengan 50 anggota AMK yang menunggu di hadapan ibu pejabat PKR.

AMK pula  melaungkan  kata-kata provokasi kedatangan Pemuda Umno seperti ‘mamak balik’ Pemuda Umno yang turut digelar ‘Patriot’ hadir jam 12.50 tengah hari, untuk membuat laporan polis di balai  polis Tropicana.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda  Umno, Exco Pemuda Lokman Adam dan turut serta Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia-Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Wilayah Rizalman Mokhtar,ketua pemuda Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal.

Laporan itu berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismial yang mendakwa Pemuda Umno  mengugut membakar ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun, dakwaan  itu disanggah Exco Pemudanya Lokman Noor Adam yang kemudiannya membuat laporan polis tersebut.

“Saifuddin Nasution pada 27 Jun lalu  kata saya berada di pejabat PKR dan keluarkan ugutan bahawa akan membakar pejabat terbabit.

“Beliau (Saifuddin) juga berkata kami (Pemuda) bertindak akan mencederakan (Datuk Seri Anwar Ibrahim  dan Datuk S Ambiga sekiranya perhimpunan Bersih tetap diadakan,.

Hanya fitnah
“Itu hanya fitnah dan saya diwakili peguam Kevin akan saman Saifuddin dengan jumlah 500,000.99 sen. 99 sen itu nilai diri Saifudin,” katanya dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan polis tersebut.

Malam Isnin lalu, kira-kira 600 ahli  Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR.

Lokman dan beberapa yang lain memberi ucapan yang disifatkan oleh PKR sebagai provokasi kepada mereka.

Lokman mendakwa ibu pejabat PKR itu bukan milik Anwar sebaliknya milik  ahli perniagaan bernama Datuk Soh Chee Wen.

Beliau turut menafikan dakwaan Saifuddin bahawa ucapannya adalah bertujuan memberi arahan untuk membakar ibu pejabat PKR.

“Dalam ucapan saya pada malam itu tiada saya cakap nak bakar. Kenapa Saifuddin kata saya bagi arahan nak bakar? Saya cabar beliau keluarkan rakaman video seperti didakwa. Saya bagi dia lima hari buat rakaman seperti video (Datuk) Johari Abdul dan Anwar di Thailand,” katanya yang turut mewakili badan bukan kerajaan NGO lain.

Reezal Merican yang ditemui pula kecewa dengan kata-kata provokasi yang sering dilaungkan anggota AMK iaitu ‘mamak’ dan disifatkannya sebagai satu penghinaan.

“Teriakan mamak satu provokasi. Kami datang ibu pejabat ini kenapa? Kerana niat Bersih yang menjadi petualang untuk gulingkan kerajaan dengan haram.

“Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin pernah berkata jika tidak boleh gulingkan kerajaan secara pilihan raya kita akan guna jalan raya dan akan kuburkan perlembagaan,” kata ketua penerangan Pemuda Umno itu.

Menurut Reezal, ‘Patriot’ akan tetap turun 9 Julai ini untuk mempertahankan tanah air.

Selain Reezal dan Lokman,  Ketua Pemuda Wilayah,  Rizalman Mokhtar dan Ketua Pemuda Selangor,  Ungku Salleh Ungku Jamal hadir sama. - FMT 

Lokman mahu saman Saifuddin RM500,000.99
Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution yang didakwanya telah memfitnahnya mahu membakar ibupejabat PKR.

NONEDalam laporan tersebut, Lokman juga mendakwa Saifuddin memfitnahnya bahawa beliau mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi BERSIH 2.O, Datuk S Ambiga jika perhimpunan BERSIH diteruskan pada 9 Julai.

Lokman tiba dengan diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kimma menuju ke balai polis Tropicana - yang terletak bersebelahan ibupejabat PKR - pada kira-kira jam 12.50 tengahari.

Beliau kemudian bersama ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican masuk membuat laporan.

NONEKetika hendak masuk ke balai, penyokong AMK bersorak dan Reezal kelihatan cuba menghampir mereka.

Bagaimanapun, lima anggota polis bertindak menenangkan keadaan tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Manakala timbalan ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin turut kelihatan menenangkan ahli-ahlinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis itu, Lokman berkata, dakwaan Saifuddin itu adalah satu fitnah dan beliau menyaman bernilai RM500,000.99 terhadap setiausaha agung PKR itu.

Menurut Lokman, nilai saman tersebut ialah RM500,000 kerana 'menyusahkan saya' dan RM0.99 nilai Saifuddin.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionBeliau menuduhkan Saifuddin sebagai pembohong besar dan Pemuda Umno tahu bangunan bukan milik PKR.
"Bangunan ini milik Datuk Soh Che Wen. Beliau sekarang ini belaga angin dengan Datuk Seri Anwar.
"Takkan kita nak bakar bangunan yang dimilik musuh Anwar, kawan kita," tegasnya lagi.

Lokman juga mencabar Saifuddin (kanan) supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR.

Katanya, beliau telah bertanya kepada kawan-kawannya, tetapi mereka berkata, beliau tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Mk 

No comments:

Post a Comment