Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0 :Perang Psikologi UMNO


HariIni saya membaca suratkhabar Utusan MelaNO (Melalut UMNO).
Loyaada, menyampah ada.
Sakithati ada, geram pun ada.
Yangpastinya sedetik gembira pun tidak menyinggah di hati saya apabila membacanya.

MUHYIDDINYASSIN DAN PERANG PSIKOLOGI.

Menarik.

Hariini Muhyiddin yassin bercakap tentang perang psikologi dengan laporan yangberbunyi[1]:

     1.           KerajaanBarisan Nasional (BN) tidak akan terjebak dengan perang psikologi yangdilancarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memenuhi impian pembangkangke Putrajaya.

     2.           TindakanKit Siang menguar-uarkan kononnya pembangkang akan menguasai 11 negeri dalampilihan raya umum akan datang, sebenarnya hanya permainan psikologi untukmembentuk fikiran rakyat agar menyokong mereka.

      3.           “Ituperang psikologi. Mereka mahu membentuk persepsi dalam fikiran rakyat bahawatidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia mainkan psikologimenang...sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan.

“Kita tidak akan terjebak kerana yang penting kita haruspercaya pada rakyat bahawa dasar perjuangan BN masih relevan.

‘‘Kita telah mula sejak sekian lama dan melangkah ke depandengan transformasi politik dan ekonomi, ini semua akan memberi impak yangbesar... ini yang dibimbangi oleh Kit Siang,”

     4.           Hakikatnyapembangkang yang merasa bimbang bahawa peluang untuk menawan Putrajaya akanterbantut kerana trend pilihan raya kecil menunjukkan kemenangan akhir-akhirini mula berpihak kepada calon BN.
    
 5.           “Mereka(pembangkang) menang di beberapa tempat tetapi kalah di beberapa tempat. Merekarasa bimbang “laluan ke Putrajaya” ini akan terbantut, jadi mereka buat perangpsikologi, yakin rakyat tidak akan terjebak dengan dakyah dilemparkan namun tidak akan mengambil mudah terhadap pelbagai andaian yang dibuat oleh ahli politik veteran itu.
     
PERANGPSIKOLOGI MEDIA


Sayapernah menulis dalam artikel yang lalu[2]bagaimana dengan menggunakan perkataan tertentu boleh mengubah caramemahaminya.

Nah,sekarang, lihat pula bagaimana Utusan dan akhbar UMNO menggunakan perkataanyang negatifatau konotasi yang akan menakutkan pembaca bagimemahamkan kepada mereka bahawasanya memang pembangkang ini jahat atau maksudyang seangkatan dengannya.

Sayahanya akan menggunakan berita hari ini sahaja (29 Jun 2011) bagi menunjukanpeperangan tersebut.

UTUSANMALAYSIA 29 JUN 2011

     1.           PSM:Kewujudan unsur luar disiasat[3]

Polis menyiasat sekiranya wujudpembabitan unsur luar dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) yangdipercayaicuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Polis kesan PSM sudah lama merancangperkara tersebut. Tindakan boleh mengkucar-kacirkan negara itu perludisiasat mengikut undang-undang dan berlandaskan keperluan semasa.
      
2. 85 penyokong Bersih ditahan[4]

Seorang Senator dan dua wargaasing antara 85 individu yang ditahan kerana didapati menjalankan aktiviti mempromosiperhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 diseluruh negara sejak Jumaat lalu.

Selain itu, ada juga yang ditahankerana mengadakan perhimpunan haram, melakukan hasutandan bertindakmencetak risalah mengenai Bersih 2.

Jumlah tangkapan berkenaantermasuk sekumpulan 31 penyokong Bersih yang ditahan di Pulau Pinangkerana cuba menghidupkan fahaman komunis.

     3.           ‘Sengaja timbulkan kekecohan’[5]

Berdasarkan pengalaman, AhliParlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yakin kekecohan akan sengajaditimbulkan pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil(Bersih) 9 Julai ini.
..kekecohan sememangnyadirancang dalam perhimpunan-perhimpunan seperti itu bagi membolehkan duniamemandang serong terhadap Malaysia.

…Datuk Zulkifli Noordin semalammenyatakan keyakinan bahawa perhimpunan haram tersebut bakal bertukarmenjadi rusuhan sekiranya dibenarkan berlangsung.

“Keluar saja video yangdikatakan mirip dirinya, Anwar terus minta diadakan perhimpunan ini.Bersandarkan pengalaman, memang saya tahu ia melibatkan Penasihat PKR itutermasuklah tarikh ia dilangsungkan.

    4.           PSM nafi Castillo, Young Song ejenkomunis[6]

..PSM[7]dikesan bersekongkol dengan Castillo, 59, dan Young Song yang menjadi ejenantarabangsa untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Castillo mempunyai kaitan dengan PartiKomunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negaraitu melalui gerakanbersenjata manakala Young Song pula merupakan ahli pertubuhan 18 Mei diKorea dan hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yangberpangkalan di Amerika Syarikat.

BERITAHARIAN 29 JUN 2011

      1.           Anasir asing meresap[8]

Penahanan dua warga asing diJohor pada Sabtu lalu kerana disyaki ada kaitan dengan penganjur perhimpunanharam pada 9 Julai ini menunjukkan anasir asing sudah meresap masukdalam kumpulan pengacau itu untuk kepentingan peribadi dan menyebarkanideologi politik tertentu.

Beliau turut memberi amaransupaya jangan membuat provokasi[9]seolah-olah sengaja memaksa kerajaan menahan mereka mengikut AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudian mengkritik kerajaan keranamenggunakan akta itu.

MSTAR29 JUN 2011

     1.           Polis Serbu Sekretariat Bersih

Polis Selangor pada Rabu menyerbusebuah rumah berhampiran Hospital Assunta di sini, yang dipercayai dijadikantempat kegiatan yang ada kaitan dengan perhimpunan haram pada 9 Julai.
Polis merampas beratus-ratushelai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.
     2.           PemanduTeksi Dinasihatkan Tidak Terlibat Dengan Bersih 2.0[10]

Pemandu-pemandu teksi di ibu kotadinasihatkan supaya tidak terlibat dengan perhimpunan Gabungan Pilihan RayaBersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini, kata Pengerusi Persatuan TeksiEksekutif Malaysia, Azmi Mohd Yatim.

..memberi amaran, tindakanakan diambil kepada ahli-ahli persatuan jika berdegil dan menyertai perhimpunanharam berkenaan.

..pengalaman pahit pemandu teksipada tahun 1998 dan 2007 ekoran demonstrasi jalanan di ibu kota seharusnyadijadikan tauladan oleh semua pihak terbabit kerana pendapatan merekaterjejas teruk.
"Malah sudah tentu polisakan buat sekatan jalan keluar dan masuk ke ibu kota, dan ini menyukarkan kamiuntuk membawa penumpang,[11]

Rosnah berkata sebarang usahauntuk melakukan demostrasi haram haruslah disekat dan pihak berkuasa perlumengambil tindakan tegas terhadap dalang disebalik penganjuran itu.

Malah penganjuran demonstrasijalanan terbukti tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada negarasebaliknya ia akan mendatangkan kesan kepada pemandu teksi dan peniaga lain.

  1. Ramai Bantah Perhimpunan Haram 9 Julai[12]
Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidaksabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidakbersih.
"Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunanberkenaan yang hanya akanmenimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.

(Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengankegiatan 9 Julai ini. "Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikatdengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yangmelarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Bersih dipergunakanoleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dantidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan.

Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM)Datuk Yusuf Hamdain Diego
"Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakalmenyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yangselama ini menyerlah di mata dunia.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan)Syed Anuar Syed Mohamad Budaya demonstrasi yang berlaku di beberapa negara lainharus dijadikan iktibar bahawa ia bolehmenjejaskan keselamatan, keamanandan ekonomi sesebuah negara

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee

"Kalau nak lakukan sesuatu, kita juga perlu fikirkankepentingan rakyat. Dengan adanya perhimpunan itu nanti, ia akan mengundangkesesakan lalu lintas dan menjejaskan rutin harian serta pendapatan rakyatseperti peniaga kecil dan pemandu teksi"

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Datuk Seri AbdulAziz Abdul Rahman
"Perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun,malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharianorang awam.

      4.           Bersih: Dua ADUN Perak Antara 14 YangDitahan (pada bahagian kolum JENAYAH)[13]

Seramai 14 orang termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pakatan Rakyat ditahan, Rabu selepas didapati mempromosikanperhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julaiini selain mendesak pembebasan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S. Jeyakumar.

Lapan daripada mereka didapati memakai kemeja-T Bersih manakalaenam lagi memakai kemeja-T Ubah .

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahalanberkata, mereka ditahan di bawahSeksyen 25 Akta Polis dan Seksyen 511 KanunJenayah.

Cukuplahsaya kirakan…
Taklarat lagi dah nak cari, sebab terlalu banyak perang psikologi yang dilancarkanoleh UMNO dan Barisan Nasional ini.

Denganpembaca harus membaca bersekali dengan artikel saya yang lalu dalamhttp://ulamakpelapis.blogspot.com pada tajuk professional menang, ulama’tersingkir, fokuskan kepada kenyataan Adolf Hitler.

Sekiranyasetiap hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan ancaman ketakutan dan kebenciankeapda pembangkang, pastinya itu yang akan berlaku.

Sekiranyasaya seorang rakyat Malaysia yang tidak kisah sangat apa yang berlaku kepada pemimpinsaya, yang penting saya dapat hidup dengan aman, dapat bekerja danberkeluarga…. Dengan membaca semua ayat-ayat di atas, sudah pasti saya akanketakutan dan seterusnya akan menyalahkan pihak BERSIH 2.0.

Nah, siapa yang agresif mempromosi perang psikologi sekarangini?

PERANGPSIKOLOGI GAMBAR

Pembacasekalian lihat sahaja suratkhabar Utusan edisi cetak hari ini, 29 Jun 2011.Gambar yang digunakan untuk melaporkan tentang Anwar Ibrahim digunakan gambaryang memperlihatkan beliau seorang yang sangat tidak mesra. Apabila pembacamembaca cerita dan ayat-ayat yang diolah bagi menggambarkan kejahatan beliau,ditambah lagi dengan gambar beliau yang tidak mesra, maka lengkap pakej pembunuhankarektornya.
Pembacapernah menonton Winter Sonata? Hehe

Apakahlengkap pakej heronya Bae Yong Joon ketika melakonkan babak sedih tanpa adamuzik latarnya. Pastinya kelihatan janggal bukan?

Apakahcukup hanya dengan gaya wajah yang sedih dan muzik yang mendodoi jiwa tanpa adaprops yang membantu menghidupkan suasana tersebut?

Pastinyatidak bukan?

Maka,utnuk kes Anwar ini, apakah cukup hanya dengan ayat yang power yang bolehmembunuh karektor tetapi menggunakan gambar seperti ini[14]

Ataulebih baik menggunakan gambar ini[15]Yang mana nampak lebih kow?

Gambarini ditambah dengan ayat yang membunuh karektor akan melengkapkan apa yangdiinginkan oleh UMNO.

Pembacaapabila membaca, dengan adunan semua di atas akan membina persepsi tersendiri.
Mengiyakantuduhan UMNO.

JANGANLUPA

WahaiUMNO, Allah juga membuat perang psikologi kepada kamu.

Sekiranyaada rakyat yang terpedaya dengan kemaksiatan dan kemungkaran yang engkaudoktrinkan kepada mereka sehingga mereka menerima selapangnya, ini ayat Allahuntukmu

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَاأَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Padamasa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengansesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepadaAllah serta taat kepada Rasul Allah.

وَقَالُوارَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
Danmereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhikehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kamidari jalan yang benar.

رَبَّنَا آَتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًاكَبِيرًا
"WahaiTuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlahmereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Kamipercaya hari akhirat….Kamu?
Psychotak…

MohamadRidhauddin



[1]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
[2]http://ulamakselangor.blogspot.com/2011/06/professional-menang-ulama-tersingkir.html#more
[3]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm
[4]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
[5]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
[6]http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
[7]Dan PSM adalah antara organisasi yang terlibat dengan BERSIH 2.0. Denganmewujudkan persepsi PSM cuba menghidupkan komunisme, maka semua organisasidalam BERSIH 2.0 akan dipercayai bersekongkol dengan komunisme. Dengan ini,rakyat akan rasa terancam dengan kewujudan BERSIH 2.0 ini.
[8]http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anasirasingmeresap/Article/
[9]Pembaca sila amati sorotan peristiwa ini. Ancaman dimulakan oleh Perkasa,diikuti ramai menteri dan Pemuda UMNO dan terkini persatuan silat.
[10]http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/29/mstar_berita/20110629122531&sec=mstar_berita
[11]Kerajaan berjaya mengunci persepsi rakyat iaitu punca kesesakan ini ialah demonstrasi, bukan polis yang sengajamembuat sekatan jalanraya. Padahal sewajarnya polis yang membantu para rakyatmenyampaikan hajat kepada Agong dengan mengawal jalanraya.
[12]http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/29/mstar_berita/20110629112318&sec=mstar_berita.Tetapi melihat kepada undian di thestar beberpa hari yang lalu menunjukan lebihsejuta pengundi di laman berkenaan (milik MCA) bersetuju diteruskan. Saya cubauntuk akses semula kepada informasi tersebut, tetapi saya tidak lagi ketemumaklumatnya, yang penulis ketemu hanyalah penafian oleh merekahttp://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/6/22/nation/20110622071603&sec=nation.Namun pembaca boleh melihat di harakah edisi cetak terbaharu (ketika artikelini ditulis 29 Jun 2011) atau melayari http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/41305-missing-the-stars-poll-showing-99-support-for-bersih.
[13]http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/6/29/mstar_jenayah/20110629155824&sec=mstar_jenayah
[14]http://www.s9.com/images/portraits/1074_Anwar-Ibrahim-Dato-Seri.jpg
[15]https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBgjsJ3ZB0-qXOxZ3Md0TDQJSxgtFoqNla13LGMsU8VRziYOY7fhmqRtktz4L5zzZnBQ-5T0udAaduZfVvgb53BAUh_Lnl6MypvmW8Jih5Lsn_GDGg4NMBYITX3IBmN9qkxsRRELZZOlA/s400/Anwar-Ibrahim-tepuk+dahi.jpg 


US


No comments:

Post a Comment