Monday, June 20, 2011

Pak Brahim Mengarut Lagi : Demokrasi cara PERKASA ke?

Patutlah Datuk Seri Liow Tiong Lai kata Brahim ni "Selalu Bercakap KARUT"

Kenyataan MB tidak wajar 


TAMAN MELAWATI - Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong rakyat menyertai perhimpunan Bersih bulan depan dianggap tidak wajar. 


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin apa lagi ketua Kerajaan Negeri. 

Menurutnya, walaupun negara ini mengamalkan amalan demokrasi, tetapi tidaklah sehingga mengajar rakyat melanggar undang-undang negara membuat demonstrasi jalanan. 

Ini kenyataan tidak sepatutnya dibuat seorang pemimpin. Banyak cara lain boleh disampaikan rasa tidak puas hati, tetapi bukan dengan menghalalkan rakyat menyertai perhimpunan haram seperti ini. 

“Mereka adalah wakil rakyat dan perlu gunakan saluran betul seperti membangkitkannya dalam Dewan Rakyat dan bukannya menyuruh rakyat berarak di jalanan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Khas Tahunan 2011 Perkasa Gombak dan Hulu Langat di Laman Pengantin, Taman Melawati semalam.

Ibrahim berkata, Khalid perlu ingat 27 juta rakyat negara ini majoritinya tidak setuju dengan perhimpunan terbabit sedangkan yang menyokong agenda jahat itu hanya minoriti. 

Menurutnya, sebagai pemimpin, majoriti rakyat negara ini perlu dihormati dan Perkasa akan ke depan menentang demonstrasi ini kerana jika tidak ditentang ia seolah-olah mendapat restu rakyat Malaysia. 

“Perkasa telah meneliti semua tuntutan Bersih dan sebelum mereka bercakap tentang perkara yang ingin dibangkitkan, saya cabar pihak pembangkang dan Barisan Nasional supaya membuat perjanjian kerjasama (MoU) segera supaya pindah mengundi dihapuskan," katanya. - SH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular