Ini kerana, kata Anwar, trio berkenaan dilindungi Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
“(Saya jangka) dakwaan yang akan dikenakan begitu minimum memandangkan dakwaan ini adalah bersifat politik sahaja. Kalau kita (pembangkang) yang didakwa ceritanya lain.
“Pendakwaan Gani Patail ini, kita jangan pandang serius sangat,” kata Anwar kepada media sewaktu sidang media di lobi Parlimen.
Mereka bertanggungjawab menayang dan mengedar video aksi seks palsu yang cuba mengaitkan Anwar sebagai pelaku utamanya.
Media hari ini melaporkan Shazryl Eskay mengirim SMS kepada mereka memaklumkan beliau dan dua lagi ahli trio ‘Datuk T’ diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta, jam 8 pagi Jumaat ini untuk didakwa. KD
No comments:
Post a Comment