Khairy Jamaluddin akhir-akhir ini menggambarkan Malaysia sebagai Malaysia Baru – yang membenarkan suara rakyat dilaungkan dalam perhimpunan. Beliau mahu meneruskan perhimpunan pada 9hb Julai 2011 – menolak amaran polis – tidak menghiraukan sama ada atau tidak permit polis dan mahu membawa Pemuda UMNO – bertindak lebih berani serta mahu mengambil risiko perjuangan. Adakah ini tidak menunjukkan satu perubahan Pemuda UMNO – sikap Ketua Pemuda ini seolah-olah mahu mencabar Pemuda UMNO sendiri – untuk tampil menjadi barisan hadapan dalam politik UMNO. Adakah kepimpinan lain UMNO ( dalam Bahagian ) bersetuju dengan cara Khairy Jamaluddin. Pemuda UMNO - macam mana - sanggup - setuju - adakah tidak ini sebenarnya yang menjadi justifikasi demonstrasi sebelum ini?
No comments:
Post a Comment