Monday, June 20, 2011

Ibrahim Ali – misi UMNO?

Image
Antara komen yang akan memalukan UMNO kerana Ibrahim Ali
Semakin riuh dalam media alternatif, tweet dan medium lain – Ibrahim Ali menyatakan bahawa, kaum Cina kena duduk rumah dan simpan makanan pada 7hb, 8hb Julai – kerana BERSIH 9hb Julai 2011. Seolah-olah mahu terjadi rusuhan dan ini bukan satu kenyataan yang baik.
Namun kenyataan ini disambut oleh sesetengah pihak sebagai satu kenyataan yang menunjukkan UMNO akur dan mahu keadaan tegang berlaku dalam negara. Itu tidak benar tetapi Ibrahim Ali semakin menunjukkan bahawa beliau boleh buat apa sahaja kerana beliau dilindungi. Itu persepsi yang ada.
Dalam pada itu satu SMS diterima oleh www.umno-reform2.com , mengatakan bahawa Ibrahim Ali mahu sehingga beliau dipanggil oleh polis atau di tahan sementara untuk menonjolkan diri sebagai hero politik orang Melayu. Itu adalah untuk loncatan politik beliau yang semakin pupus menjadi calon menjelang pilihan raya – kecuali calon bebas. Kepimpinan UMNO perlu sedar dan terus menjarakkan diri dari Ibrahim Ali yang tidak  akan membantu dalam usaha BN untuk memenangi PRU 13 nanti.
Satu nota amaran yang perlu kita lihat : Jangan terbabit kononnya Ibrahim Ali dan Perkasa adalah harapan untuk melakukan sesuatu sekiranya timbul senario pengundian yang meminggirkan Melayu. Ini bukan zaman 1969 lagi.
Jangan sampai persepsi rakyat terhadap itu timbul akibat perbuatan Ibrahim Ali yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment