Friday, June 3, 2011

KERAJAAN SELANGOR TIDAK PRIHATIN?


PENCULIK....Ben Ahmad Taraji (gambar sisipan) yang dipercayai mengetuai penculikan Nazaruddin sehingga membuatkan isteri Nazaruddin, Mazlina dan anak mereka trauma memikirkan nasib suaminya.

BERSYUKURLAH rakyat Malaysia yang lahir di Sabah kerana sudah beberapa penculikan berlaku, namun semuanya berjaya diselamatkan tanpa kehilangan jiwa kerana Kerajaan Negeri Sabah begitu prihatin; sekalipun mengekalkan Dasar ‘Anti- Penculikan dan Anti-Pemerdagangan Orang’, namun masih mampu menghantar juruperunding untuk membebaskan mangsa culik.


Berbanding dengan nasib raktar Selangor, Nazaruddin Saidin, 38, yang telah diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 8 Mei lalu dari Pulau Sulu di Selatan Filipina. oleh sepasukan 10 orang yang lengkap bersenjata ketika berurusniaga ‘Tokek’.

Sebelum ini, penculik meminta sejumlah lapan juta pesos sebagai syarat pembebasan beliau, namun menurut isteri Nazaruddin, Mazlina Mohamad, 38, mereka tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu (RM558,000) kerana mereka hanyalah penjual kuih dan bukannya orang kaya sebagaimana yang disangkakan penculik.

Sehingga berita ini ditulis, Kerajaan Negeri Selangor mengambil sikap berkecuali dan tidak mengusahakan pembebasan Nazaruddin sebagaimana usaha gigik kerajaan negeri Sabah dalam kes tebusan sebelum ini, sekalipun seorang daripada dua tebusan terbaru yang dibebaskan dengan selamat sebelum ini bukan rakyat Sabah.

Mengikut koresponden Sabahkini.net di Jolo sebentar tadi, kemungkinan Nazaruddin dibebaskan dalam masa yang singkat amat tipis kerana kumpulan yang menculiknya adalah sama dengan kumpulan yang menculik dua rakyat Malaysia di Terumbu Karang, Pulau Sebangkat, Semporna.

Namun kata Koresponden Sabahkini.net, dipercayai Kerajaan Malaysia mungkin menghantar juruperunding yang sama bagi merunding pembebasan Nazaruddin dalam masa yang terdekat; bagaimanapun Wisma Putra belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Kali ini kita percaya yang mengetuai kumpulan ini ialah Ben Ahmad Taraji, warga Filipina tetapi memiliki kad pengenalan Malaysia kerana adiknya Adam masih dalam tahanan pihak berkuasa Malaysia,” ujar koresponden Sabahkini.net.

Ben kini mengetuai Kumpulan Serpihan Abu Sayaf dengan sokongan padu Azman selepas kematian Albader Parad dan aktif menjalankan aktiviti penculikan atau membeli mangsa yang diculik untuk dijual kepada kumpulan lain. - 

No comments:

Post a Comment