Saturday, June 4, 2011

EPU : Keruh di hulu, keruh di hilir

The EPU Ministers since 2006
Dalam isu TNB dengan syarikat IPP dan perletakan jawatan Pengerusinya pada tahun 2006 dahulu merupakan bukti jelas berlakunya penyalah gunaan kuasa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan semasa itu. TNB tentulah menyalahkan EPU yang memasukan elemen-elemen ‘jahat’ di dalam perjanjian itu. Jika kita tanya sesiapa yang mengetuai EPU semasa itu kita boleh andaikan jawapan yang akan diberikan kepada kita, iaitu, ‘kami yang menurut perintah dan jangan salahkan kami’.

tan sri ani aropeKita memahami situasi yang dihadapi oleh mereka-mereka di dalam EPU itu. Tetapi Pengerusi TNB semasa itu Tan Sri Anie Arope tidak berdaya untuk kekal bertanggungjawab di dalam Lembaga Pengarah TNB dan mengambil tindakan meletakan jawatan kerana tidak bersetuju dengan ‘paksaan’ yang diberikan kepada TNB untuk menerima sahaja kemahuan syarikat IPP itu melalui EPU yang akhirnya terpaksa menurut perintah ‘political boss’nya yang bersemayam di Sri Perdana.


Tindakan TS Ani Arope itu mesti kita pandang sebagai satu manifestasi seorang yang bertanggungjawab yang tidak mahu bersekongkol dengan kerja yang boleh dita’rifkan sebagai pembohongan kepada rakyat jelata. Sejak perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Jemaah Pengarah syarikat berprestij itu beliau menyendiri dan tidak nampak lagi bergiat dalam mana-mana organisasi yang melibatkan rakyat ramai. 

Saya hanya mendengar sedikit rungutan yang tidak didengari oleh ramai yang beliau kecewa melihat sikap pemimpin utama negara memberikan keistimewaan kepada rakan-rakannya untuk ‘menyapu’ licin sebuah badan yang mempunyai kepentingan rakyat seperti TNB itu. Sikap mengambil keputusan untuk memberikan keistimewaan kepada rakan-rakan karib dari kepentingan rakyat begitu nyata semasa pentadbiran pemimpin ini. Inilah zamannya dalam mana budaya ‘cronyism’ bercambah dan tidak lagi mampu dikawal sehinga ke hari ini. 


Tan Sri Ani adalah contoh seorang yang tidak dibenarkan untuk menjaga kepentingan orang ramai; hanya untuk diarah menjaga kepentingan rakan-rakan karib pucuk pimpinan negara. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di TNB tetapi berlaku di banyak badab-badan dan agensi kerajaan yang lain. Menjaga kepentingan ramai merupakan kesalahan besar. Yang selamat dengan jawatan dan tugasan masing-masing hanyalah mereka yang menjaga budaya membentuk ‘cronyism’ serta yang hanya mengangguk seperti burung balam.

Saya percaya dari masa ke semasa nanti rakyat akan tahu satu demi satu isu yang sama berlaku dimana-mana. Akhirnya semua di antara kita akan memahami hakikat yang kemelesetan cara hidup dan politik negara kita disebabkan oleh keadaan masa lalu.

Bak kata perpatah, ‘keruh air di hulu keruhlah air di hilir.’


No comments:

Post a Comment