Wednesday, June 29, 2011

Blogger UMNO tabik pada video terbitan PAS - sedarlah kepimpinan UMNO


Ini bukan promosi BERSIH 2.0 yang dibuat oleh www.umno-reform2.com. Tetapi ini adalah untuk warga UMNO – kepimpinan UMNO untuk menilai cara dan taktik yang digunakan oleh PR – dalam isu ini video yang dibuat oleh PAS untuk BERSIH 2.0. 



Mungkin mereka yang mengendalikan propaganda UMNO boleh buka mata dan minda mereka bila melihat cara bagaimana mereka menggunakan semua kemudahan yang disediakan – Internet yang dibangunkan oleh Kerajaan untuk memanfaatkan mereka. 


Mungkin UMNO – mereka yang sedang mengendalikan propaganda UMNO boleh sedar – bagaimana mahu mengurus serangan yang ada. Setakat ini bagi www.umno-reform2.com UMNO sendiri masih di tahap lama – tahap – tahap penggunaan media alternatif zaman – zaman awal reformasi 1998. 


Apa pun saksikan – bila mana mereka melakukan propaganda yang melibatkan rakyat – menarik keprihatinan rakyat – biar itu satu manipulasi – tetapi amat menyentuh berbanding dengan media alternatif pro UMNO yang masih berkisar sekitar video dan terhadap individu kepimpinan.



Pemimpin UMNO yang mengendalikan propaganda – buka minda, sedarkan diri tetapi tanya – pada mereka yang sudah arif mengenai perang saraf – perang siber dan jangan hanya merujuk kepada kelompok kecil sekeliling – yang hanya tahu mencium dari telapak tangan sehingga ke bahu semata-mata kerana membodek. 


Lihat twitter – pengendali laman pro UMNO – lihat face book – kononnya pembela negara – lihat cara mereka – macam zaman-zaman awal perang saraf media Internet tahun 1998 – ketinggalan menjangkau hampir 13 tahun. Apa pun saya terpaksa angkat tabik pada video terbitan PAS ini.    - umno-reform2  

No comments:

Post a Comment