Saturday, June 18, 2011

Bersih : Blogger UMNO yakin dgn "Keupayaan" Pemuda PAS dan AMK

Bukan KJ Tapi EXCO Yang Buat Keputusan

Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua PEMUDA UMNO MALAYSIA, atau lebih di kenali sebagai KJ menyatakan bahawa dia bersama PEMUDA UMNO MALAYSIA tidak akan berganjak dari berhimpun pada hari yang sama dengan BERSIH 9 Julai 2011.

KJ menyatakan bahawa ini bukan keputusan ataupun arahan dari dia, tetapi dari EXCO dia dari PEMUDA UMNO MALAYSIA. Mereka yang telah sebulat suara setuju untuk bawa kepada saudara KJ usul untuk berhimpun pada hari yang sama BERSIH akan adakan DEMONSTRASI.

Rakyat mudah faham kalau BERSIH dan PERKASA berhimpun kerana ini dua adalah NGO tetapi dengan PEMUDA UMNO MALAYSIA berhimpun ?

Adakah ini akan memberi ruang kepada Pakatan Pembangkang untuk mengadakan perhimpunan yang melibatkan PEMUDA PAS dan AMK yang sudah jelas boleh menghimpunkan berpuluh ribu ahli mereka dengan sekelip mata ? - kritis-online

No comments:

Post a Comment