Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.
"Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.
Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta.
Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.
"Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya.
Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman.
"Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya.
Declare perang fizikal
Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar.
"Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata.
"Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya. -HD
Ambiga tak gentar ugutan
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan tidak gentar dengan pertembungan kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan aman 9 Julai ini.
Ketika dihubungi petang tadi, Ambiga berkata beliau menghormati pandangan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang berikrar akan menghalang perhimpunan berkenaan.
"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Ambiga berkata perhimpunan BERSIH diadakan secara bertanggungjawab, aman dengan matlamat murni agar pilihan raya bebas dan adil diadakan di negara ini.
"Ramai rakyat Malaysia yang berkongsi pendapat ini, mereka menyokong penuh usaha kami. Saya tidak akan bergaduh dengan PERKASA yang membantah perhimpunan ini kerana ia adalah selaras dengan proses demokrasi dan kebebasan berpersatuan,” katanya.
"Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan,” kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu.
Katanya yang penting BERSIH 2.0 mahu perhimpunan aman dan pada masa yang sama berharap tanggapan pihak berkuasa, khususnya polis mengenai perhimpunan seumpama itu akan juga berubah.
Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.
Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.
Beberapa laporan polis juga dibuat bagi membantah perhimpunan itu. -MK
No comments:
Post a Comment