Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh : Tak Daftar Tak Boleh Bantu ke???

Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar
rosmah hilton hotel 221209 sharizat
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.



"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.
Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu.


Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu. - MK 


Mat Zaid
kalau kita hamba Allah, kita sebagai manusia tak kira badan itu berdaftar atau tidak, kerajaan mesti tolong kerana dia ada lah rakyat malaysia juga, jangan politik kan isu ini.

  • Zam Shah ·  Top Commenter
    tahu atau tidah, semuanya kehendak dan takdir ALLAH. wahai Shahrizat, jangan nk tunjuk hero dan tuding jari, tutup aurat kamu, bertaubatlah, walaupun kamu tak tutup aurat ALLAH masih bagi nyawa yg tak perlu kamu bayar sesen pun

  • Zidan Zinadin ·  Top Commenter
    apa ke hei kamu ni Sharizat kata rumah tu tidak berdaftar itu ajer, mu pung jangan nak tunjuk hero

  • Azmi Ismail ·  Top Commenter · Kelantan
    Wahai Sharizat.... daftar atau tidak ini semua rakyat malaysia


No comments:

Post a Comment