Sunday, May 22, 2011

Mengapa UMNO yang perlu mencuci tahi mereka - Datuk Ahmad Maslan

DATUK AHMAD MASLANKUALA LUMPUR, 20 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima hakikat bahawa setiap perbuatan akan menerima balasannya dan dia tidak perlu membuat tuduhan melulu kononnya UMNO mencipta konspirasi untuk menjatuhkannya.

“Hentikan cari salah orang lain kerana hanya dia sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap setiap perbuatannya”, ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sikap Anwar Ibrahim yang tidak henti-henti menuduh UMNO adalah dalang di dalam setiap perkara yang terjadi terhadap dirinya dan juga parti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurutnya mengapa setiap apa yang terjadi kepada dirinya atau PKR, UMNO yang dituduh.
“Mereka yang buat hal mengapa UMNO yang perlu mencuci tahi mereka”, katanya.
Beliau seterusnya memberi contoh Anwar mendakwa kononnya UMNO menjadi dalang dalam kes video seks sedangkan yang membuat pendedahan video tersebut ialah Datuk Eskay yang terang-terang bukan ahli UMNO.
“Sekarang kes PKR kena tunjuk sebab kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga dituduhnya kita menjadi dalang. Dia fikir UMNO dah takde kerja lain ke. Saya nasihatkan agar Anwar cermin dirinya sebelum nak tuding jari kepada UMNO.
“Penyokong-penyokong Anwar juga saya nasihatkan jangan terlalu fanatik dan menyokong membabi buta. Nilai dahulu sesuatu perkara itu. Jangan menyesal di kemudian hari”, ujarnya.
Beliau seterusnya mengimbas kembali kes liwat yang membabitkan Anwar pada tahun 1999.
“Semasa kes liwat Anwar pada 1999, teruk UMNO dihentam dan kita hilang banyak undi kerana kes ini. Takkan UMNO begitu bodoh mahu menggunakan isu seperti itu menjelang PRU 13 ini?
“Takkan kita mahu kisah lama berulang kembali. Kita tidak mampu menghalang media untuk memaparkan kisah Anwar yang penuh dengan kontroversi. Itu bahan cerita untuk media dan ianya tidak ada kena mengena dengan UMNO. Jangan sewenang-wenangnya menuduh UMNO menjadi dalang di dalam setiap perkara yang berlaku terhadap Anwar dan PKR”, tegas beliau.
Hakikatnya tambah beliau PKR sendiri adalah parti yang bermasalah termasuk pimpinannya yang sentiasa bergelut dalam masalah peribadi.
“Jadi mengapa perlu letakkan kesalahan diri sendiri kepada orang lain. Jangan jadi pengecut kerana bangkai gajah walau ditutup pasti akan dihidu juga.
“Saya mahu rakyat faham bahawa UMNO sama sekali tidak berminat tidak ada masa untuk mencipta konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Dia sendiri yang korek lubang dan terjun dalam lubang tersebut. Banyak lagi yang perlu UMNO lakukan untuk rakyat daripada perah otak semata-mata untuk mengenakan dia. Siapa dia?
“Anwar sebenarnya menghadapi masalah psikologi yang teruk kerana terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri. Sedarlah bahawa dia tidak layak untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment