Wednesday, May 25, 2011

Eskay beragama Hindu.? WikiLeaks: Eskay dan Kumpulan Pemisah Selatan Thai

[FMT] KUALA LUMPUR: Kabel kedutaan AS rahsia pada 2006 yang dibocorkan telah mendedahkan tahap pengaruh ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah di dalam urusan dengan kumpulan pemisah Melayu Thai yang masih terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Thai.


Eskay, yang kemudiannya menjadi konsulat kehormat Thai di Langkawi, telah berkongsi pengetahuannya tentang pergerakan kumpulan pemisah ini dan aktiviti-aktiviti mereka kepada pegawai-pegawai Kedutaan AS berpangkat tinggi di dalam satu mesyuarat pada 5 Feb 2006.


Butiran mesyuarat itu dihantar dalam satu kabel rahsia oleh Penasihat Politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara AS di Washington.


Butiran kabel yang dibocorkan oleh WikiLeaks kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin yang telah diterbitkan di dalam laman web Malaysia Today hari ini.


Clark, di dalam kabel, telah membongkarkan beberapa pemahaman, maklumat dan tindakan-tindakan kumpulan pergerakan pemisah daripada Eskay termasuk:


- Penggunaan Malaysia sebagai tempat perlindungan yang selamat;

- Peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin pemberontakan generasi tua dalam menyediakan sokongan kepada pemimpin-pemimpin muda;

- Mengenal pasti seorang pemberontak veteran yang aktif mengarahkan serangan-serangan;

- Pemberontak-pemberontak menerima bantuan kewangan melalui Singapura dari sumber-sumber yang tidak diketahui;
- Pertubuhan pemisah generasi yang lebih muda memasuki Malaysia, terutama apabila keadaan menjadi “terlalu panas”; dan
- Pemberontak-pemberontak muda mempunyai pekerjaan tertentu di restoran-restoran Thai dan di estet getah.



Clark berkata maklumat daripada Eskay berkaitan kumpulan pemberontak itu adalah maklumat paling terperinci pernah pasukan AS terima.


“Eskay boleh muncul dan berhubung dengan kumpulan besar golongan pemimpin-pemimpin lama pemberontak dan kumpulan simpati dari selatan Melayu Thailand.


“Pendapat-pendapatnya tentang pemberontakan ialah yang paling terperinci kami pernah dengar sepanjang lima hari perjalanan di utara Malaysia dan dijejaki dengan tepat berdasarkan maklumat dan pendapat-pendapat daripada orang yang dipercayai,” kata Clark di dalam kabel.


Kabel menambah bahawa Eskay telah menggambarkan dirinya “pengantara” penting yang memainkan peranan dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Melayu Thai dan kerap berhubung dengan pertubuhan pemisah di kedua-dua bahagian sempadan.


“Eskay berkata dia menjalankan usahanya dengan sebahagian besar pemberontakan kebebasan Thai dan Kerajaan Malaysia, dan mengekalkan hubungan berterusan dengan Ketua-ketua kumpulan pemisah paling dikenali yang tinggal di Malaysia.


“Bagi menyokong kenyataannya, dia menunjukkan rakaman video ketika mengadakan pelbagai mesyuarat dengan lelaki, yang ia sifatkan sebagai Ketua-ketua pemisah lebih tua dan bersama pengendali-pengendali yang lebih muda,” tambah Clark di dalam kabel.


Clark bagaimanapun memberi amaran yang kepercayaan Eskay dalam menawan golongan lama Kumpulan Penentang ini bercanggah dengan pendapat ahli politik Malaysia, pegawai-pegawai dan polis yang umumnya berpendapat golongan tua ini sebagai tidak relevan.


Dia juga berkata bahawa terdapat beberapa sukarelawan rakyat Malaysia yang mencurigai hubungan Eskay dengan Kumpulan Pemisah itu dan mengatakan Eskay telah terlibat dalam urusan perniagaan kontroversi pada masa lalu.


Clark juga memberitahu di dalam kabelnya yang identiti Eskay adalah dilindungi.


Golongan lama


Kabel berkata Eskay telah memaklumkan kepada pegawai AS yang kebanyakan daripada generasi tua

Ketua-ketua Pemisah Melayu ini tinggal di Malaysia dengan pengetahuan dan persetujuan kerajaan Malaysia.


“Eskay mengesahkan generasi pertubuhan pemisah lebih muda, termasuk yang terlibat di dalam serangan baru-baru ini di selatan Thailand, sering memasuki Malaysia, terutama apabila keadaan menjadi 'terlalu panas' dan mereka memerlukan tempat perlindungan yang selamat,” kata kabel, sambil menambah bahawa kerajaan Malaysia tidak sentiasa mengetahua identiti dan perjalanan golongan pertubuhan pemisah lebih muda.


Kabel berkata para pemimpin yang lebih tua, dengan jaringan mantap di Malaysia, mewujudkan perkhidmatan sokongan untuk kumpulan pemberontak di dalam penyediaan tempat perlindungan dan transportasi, pemberian perkerjaan termasuk di dalam restoran-restoran Thai dan di estet getah.


Clark juga berkata bahawa Eskay menamakan seorang pemberontak veteran, Abdullah Idris, naib presiden Barisan Revolusi Nasional (BRN-C), sebagai bertanggungjawab untuk mengatur untuk beberapa serangan yang sedang berlaku di selatan Thailand.


Bagaimanapun Eskay percaya yang pertubuhan pemisah Melayu hanya melakukan 30% serangan-serangan di selatan itu ke atas tentera Thai, puak polisi dan agensi perisikan bersama kumpulan penjenayah bertanggungjawab untuk baki serangan yang lain.


“Eskay mendakwa yang ramai pemimpin-pemimpin pemberontak percaya Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan dan Penasihat Parti Thai Rak Thai General Chavalit Yongchaiyudh membiayai kebanyakan daripada serangan keganasan baru-baru ini.”


Kabel juga berkata bahawa Eskay mengakui mengatur mesyuarat-mesyuarat di antara risikan Malaysia dengan pelbagai pemberontak-pemberontak yang beroperasi di Thailand, dimana mesyuarat-mesyuarat membincangkan satu persefahaman untuk laluan selamat di dalam Malaysia.


Bagaimanapun dia berkata walaupun di bumi Malaysia, militan Melayu Thai tidak merasakan selamat daripada kemungkinan penculikan atau pembunuhan.


“Ada sekurang-kurangnya satu peristiwa, seorang pemburu ganjaran Thai telah merasuah tempatan polis Malaysia untuk menculik sekumpulan pemisah yang ada di Malaysia.


“Eskay telah campur tangan untuk membebaskan mangsa, dimana seorang pegawai polis Malaysia telah mengunci mangsa di dalam bonet kereta polisnya,” tambah kabel.


Pembiayaan asing dan rangkaian antarabangsa

Kabel juga berkata Eskay telah mendedahkan beberapa pemberontak yang menerima wang daripada sebuah bank di Singapura, melalui sebuah money changer di sempadan Padang Besar, Perlis.


Eskay juga telah memaklumkan kepada Pegawai AS dia tidak melihat sebarang bukti yang menunjukkan kumpulan pertubuhan pemisah Melayu itu mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas luar seperti Al-Qaeda atau Jemaah Islamiyah.


“Eskay tidak tahu punca dana… walaupun terdapat pandangan beliau ia ada potensi hubung kait dengan kumpulan pengganas,” kata kabel.


Eskay mengulas risikan Malaysia tidak memberi perhatian yang cukup atas risiko ini dan dia menggalakkan AS memberi perhatian terhadap perkembangan ini.


Mesyuarat di antara Pegawai AS dengan Eskay berlaku beberapa hari sebelum satu menjelang satu lawatan ke Thailand oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi menawarkan Malaysia sebagai “fasilitator” yang berperanan untuk perbincangan tidak rasmi akan datang di antara pertubuhan pemisah Melayu dan perisikan kerajaan Thai.


Eskay bagaimanapun, merasakan bahawa peranan pengantaraan Malaysia tidak akan ada kemajuan.


“Sebaliknya, Eskay meramalkan keganasan akan berterusan,” menurut kabel AS, yang juga menyatakan Eskay telah berkongsi dengan Pegawai AS satu kertas 'rahsia' 12 halaman tentang kumpulan pemberontak dan pendapat-pendapat kumpulan Melayu Thai, hasil dari temubualnya dengan ramai ketua pemisah.


Lebih daripada 4,500 orang, Muslim dan Buddha, telah terkorban sejak pemberontak-pemberontak melancarkan satu pemberontakan di rantau paling selatan Thailand yang memagari Malaysia sejak awal 2004.


Tiga wilayah selatan telah berada di bawah pemerintahan darurat sejak 2005, memberikan kuasa-kuasa luas kepada pihak tentera untuk membuat tangkapan.


Eskay muncul kembali dalam tajuk berita pada Mac tahun ini selepas menunjukkan satu video seks yang di dakwanya menunjukkan Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina.


Anwar telah menafikan ia ialah dia dalam video tetapi Eskay berkeras dia bercakap benar,dan mendakwa dirinya turut ada di dalam rakaman video itu bersama dengan Anwar.
* Terjemahan PulakDah!


Siapa Eskay?



Saya petik:
[MiloSuam] (1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran
(2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat. 
(3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera'semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya. 
(4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah disalah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya. 
(5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama dengan Farah Hida setiausaha peribadinya itu. 
(6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan ini. 
(7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.
duniacacamarba 
URUTAN TWITTER :

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 

 Drs.Khalil Idham Lim 


No comments:

Post a Comment