Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Perak menyifatkan gesaan beberapa pemimpin MCA supaya memboikot akhbar Utusan Malaysiasebagai suara daripada golongan yang terdesak mencari sokongan.
Yang Dipertuanya, Ahmad Zaini berkata kumpulan yang hebat menghentam akhbar tersebut adalah kalangan pemimpin yang tidak lagi diterima di kalangan orang Cina sendiri.
"Mereka kini cuba mencari pelbagai cara termasuk memainkan isu sensitif tanpa mempedulikan semangat setiakawan dalam BN bagi tujuan menarik semula sokongan di kalangan orang Cina... tidak perlu layan desakan tersebut, sedangkan mereka sendiri sudah tidak laku lagi di mata kaum mereka sendiri," katanya kepada Bernama di Lumut.
Beliau mengulas gesaan MCA supaya rakyat memulaukan akhbarUtusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang dianggap oleh parti itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.
Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok dilaporkan berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.
Ahmad berkata BN tidak perlu melayan kumpulan seperti itu sebaliknya hendaklah memberi keutamaan kepada mereka yang masih setia dengan konsep BN untuk diangkat sebagai pemimpin yang boleh memperjuangkan masyarakat Cina.
"Kenapa perlu mereka bercakap tentang pelbagai isu sensitif secara terbuka menerusi media dan tidak membincangkan secara tertutup dalam mesyuarat BN.
"Tidakkah ini menunjukkan seolah-olah wujud agenda tersembunyi di kalangan orang Cina," tambahnya. Mkini
No comments:
Post a Comment