Monday, April 25, 2011

Gara-gara asyik mengurut pelanggan dari badan ke badan


PUCHONG – Gara-gara asyik mengurut pelanggan dari badan ke badan (B2B), seorang tukang urut dan pelanggan tidak sempat menyarung pakaian ketika sebuah premis urut diserbu lewat malam kelmarin. 

Ketika serbuan, tiga pekerja sedang menunggu pelanggan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak polis dengan keluar menerusi tingkap dan meniti di papan tanda iklan premis berkenaan, namun mereka berjaya diberkas beberapa minit selepas itu. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Abd Razak Elias berkata, dalam serbuan diketuai Pegawai Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Cif Inspektor Roslin Mohamadisa, seramai 13 ditahan termasuk seorang penjaga dan dua pelanggan. 

“Sepuluh warga China ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 372 kerana melacur. 

“Manakala tiga lagi warga tempatan termasuk seorang pelanggan Melayu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Menurutnya, premis terletak di Jalan Kenari 17F, Puchong Jaya di sini berselindung di sebalik perniagaan urutan kaki itu dipercayai turut menyediakan khidmat pelacuran:.SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular