Saturday, April 16, 2011

Lelaki China ‘tertangkap’ kerana memandu dua buah kereta serentak (+Video)

BEJING: Harga kenderaan sekarang mahal, ditambah lagi dengan kos petrolnya sentiasa meningkat, sudah tentu seseorang itu akan mencari alternatif tertentu bagi memulakan langkah berjimat.



Mr Zhang’ sedang diperhati CCTV ketika sedang memandu dua kereta bumper sekaligus di sebuah jalan raya terbuka.

Bagi seorang lelaki dari China dikenali dengan nama ‘Mr Zhang’, masalah itu dapat diselesaikan. Semalam lapor sebuah akhbar Mr Zhang ‘tertangkap’ oleh kamera litar tertutup yang sedang memandu dua buah kereta bumper di sebuah jalan bandar yang sibuk di Taizhou, Wilayah Zhejiang China.




Mungkin anda akan terfikir bagaimana ianya dibawa, menurut laporan, dua kereta bumper itu dirantai dan Mr Zhang dilihat mengangkangi dua kereta dengan satu kaki pada setiap pedal kereta dan satu tangan pada setiap pengemudi (stereng) kereta.



Ini adalah pertama kali ianya ‘tertangkap’ oleh kamera CCTV walaupun pernah ada sebelum ini kenderaan serupa itu dibawa di jalan terbuka. Kenderaan itu digunakan kerana ianya merupakan pengangkutan kos murah.



Namun, pihak polis berjaya menahan pemandu itu tetapi sekadar diberi amaran kerana tiada undang-undang khusus yang boleh disabitkan kesalahan memandu dua kereta bumper secara sekaligus.



Seorang pengawal lalulintas, Liu Yulin ketika sedang memerhati rakaman CCTV, beliau terkejut dengan tindakan Mr Zhang itu.



“Saya melihat pada rakaman CCTV didapati seorang lelaki menunggang dua buah kereta bumper. Dia duduk di antara kereta berkenaan, dan kaki masing-masing melangkah ke salah satu pedal gas,” katanya.



“Saya terus menghubungi polis trafik ketika itu untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyiasat”



Orang ramai juga kagum menonton Mr luar biasa Zhang melakukan pemanduan ‘hebat’ dengan melakukan penyeimbangan dua kereta.




Source: warkahdaily

No comments:

Post a Comment