Saturday, April 30, 2011

Isu video seks, Najib tempelak Anwar

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang untuk menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keengganan ketua pembangkang itu menjawab isu-isu yang dikaitkan dengan satu tayangan video seks.


Ketika ditanya, Najib berkata rakyat akan dapat menilai sendiri mengapakah Anwar sering melenting apabila ditanya sama ada akan memberikan DNA kepada polis.


Najib juga ditanya demikian memandangkan Anwar sering melenting apabila ditanya berhubung seutas jam tangan berjenama.

"Saya tak payah ulas, kita sendiri boleh (fikir). Soalnya sama ada kita nak jawab atau tak nak jawab.

NONE"Bila kita serang balik, maknanya kita tak nak jawablah.

"Soalnya kenapa kita tak nak jawab? Ini rakyat kena fikir. Rakyat kena buat kesimpulan kenapa dia tak nak jawab," kata Najib lagi.

Ditanya lanjut, Najib turut menafikan dakwaan Anwar bahawa isu video seks itu ditimbulkan bagi membolehkan beliau terus berkuasa.

Anwar sebelum ini mendakwa media seperti TV3, Utusan Malaysia dan Agendadaily telah diperalatkan Umno bagi tujuan itu.

Mengulas dakwaan itu, Najib berkata isu video seks yang melibatkan beberapa tokoh lain sebelum ini juga telah disiarkan akhbar

"Ini bukan perkara baru, dulupun ada isu video seks juga. Keluar dalam surat khabar juga kan?

"Takkan tak keluar dalam suratkhabar. Jadi bila dikaitkan dengan seorang tokoh, suratkhabar kena buat liputan.

"Tapi ini bukan atas kehendak kita dan melibatkan Umno dan sebagainya. Ini soal pihak tertentu saja bukan Umno," katanya lagi. MKini

No comments:

Post a Comment