Sunday, April 24, 2011

Haramkan persembahan Krisdayanti dalam negara ini


Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 seramai 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa.

Yang lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.

Di dalam menangani gejala ini berbagai pendekatan telah diambil, ada yang berkesan dan ada yang tidak.

Di dalam kontek semasa MR ingin mengaitkan sedikit tentang isu yang terbaru seorang artis terkenal Indonesia, Krisdayanti yang terang-terang membuat pengakuan bahawa beliau hamil dahulu sebelum bernikah.

Perkara ini dibangkit memadangkan artis merupakan golongan yang cukup berpengaruh di dalam membentuk sikap masyarakat khasnya remaja dan golongan muda.

Kata Krisdayanti di dalam mempertahankan kehamilan luar nikahnya “Saya tahu, tetapi kami sama-sama sudah dewasa, bahkan sudah lama merancang untuk berkahwin. Kehamilan sudah terjadi. Kalau saya menolak pemberian Allah ini, nanti saya dituduh melakukan pengguguran”.

Jika beginilah moral seorang artis yang mempunyai ramai peminat dan idola nya di Malaysia termasuk artis tersohor negara Datuk Siti Norhaliza, ternyatalah kelakuan yang tidak senonoh ini amat membimbangkan.

Ini kerana pengaruhnya dapat merosakkan moral remaja dan anak muda Negara ini yang memang sudah gawat dilanda kerosakan moral dan akhlak yang parah.

Kerajaan “Islam” Negara ini harus mengambil tindakan yang tegas melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mana-mana artis yang terang-terang menyumbang kepada masaalah sosial seperti sex bebas, anak haram, zina, pembuangan bayi hasil dari perhubungan sex haram agar di “blackout” terus persembahan mereka dalam negara ini.

Artis-artis yang sebegini tidak harus diberi tempat samaada dalam media elektronik, Radio, TV atau persembahan pentas. - MUMMY ROKIAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular