Saturday, April 30, 2011

GP Joran: Daftar di NSTP Bangsar hari ini, esok

pix_gal0

KAUNTER khas pendaftaran GP Joran di NSTP Bangsar, Jalan Riong, dibuka hari ini dan esok bermla jam 9.30 hingga jam 5 petang setiap hari bagi memudahkan peserta sekitar Lembang Klang membuat pembayaran dan mengesahkan tempat. 

Minggu ini amat sesuai membuat pendaftaran kerana urusan tempahan bot akan dimuktamadkan.


Peserta yang ingin ke NSTP, Bangsar boleh hubungi Rafiz di talian 019-2215083.


Sementara itu, Eksekutif Kanan Akaun Jabatan Kewangan The New Straits Times Press (M) Berhad, Rahmat Mohd Yusof meminta pemancing kategori Laut Dalam bagi siri kedua Karnival GP Joran di Tanjung Leman, Mersing pada 7 dan 8 Mei ini segera membuat pendaftaran bagi memastikan urusan tempahan bot dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Mersing dan Sedili, berjalan lancar. 

Beliau mengakui kelewatan peserta kategori itu mendaftar banyak memberi kesan kepada urus setia Unit Joran menempah bot yang diperlukan untuk kegunaan pemancing pada hari berkenaan. 

Katanya, pemancing yang rata-rata gemar mendaftar saat akhir sebelum tarikh tutup pada 2 Mei ini memberi pelbagai impak kepada persiapan pihak penganjur terutama kepada pemilik bot yang menjadi ahli kedua-dua PNK di Mersing dan Sedili. 

Beliau berkata, kelewatan peserta mendaftar bermakna Pengurus Besar PNK di kawasan terbabit berdepan kesulitan mengumpulkan bot yang diperlukan manakala di pihak penganjur pula tidak dapat membuat pengesahan mengenai jumlah bot sebenar yang perlu ditempah sekali gus menimbulkan situasi tidak menentu kedua-dua pihak. 
Katanya, setakat ini, kurang 10 peratus daripada kira-kira 600 peserta kategori Laut Dalam sudah membuat pendaftaran. 

Beliau berkata, urusan pendaftaran kali ini dipermudahkan dengan membenarkan semua bakal pemancing kategori itu membuat bayaran terus ke dalam akaun Maybank bernombor 514105612981 atas nama Unit Joran Berita Harian di mana-mana mesin ATM terdekat. 

Salinan slip bayaran bersama senarai pemancing dengan cetakan kemas perlu disertakan sekiranya ia difaks ke Unit Kewangan NSTP di Kuala Lumpur. 

Senarai sama juga diperlukan sekiranya kumpulan pemancing yang sudah membuat bayaran memilih e-mel atau sistem pesanan ringkas menerusi telefon bimbit masing-masing. Berita Harian

No comments:

Post a Comment