Saturday, April 9, 2011

Anda Mungkin Menjadi MANGSA


Berdasarkan laporan di Digitalone, terdapat pihak tertentu yang mencipta aplikasi di Facebook untuk mencuri maklumat pengguna laman sosial itu.
Aplikasi dengan tajuk “Tornado Randomly Appears During Soccer Game” didakwa dicipta untuk mencuri maklumat akaun pengguna FB.

Skrin yang memaparkan video yang menjadi sebahagian daripada aplikasi itu akan memaparkan skrip yang meminta pengguna "log in". Apabila diklik pada skrip itu, pengguna akan dibawa ke laman log in. 

 
Selepas pengguna memasukkan nama pengguna dan kata laluan, aplikasi ini akan menghantar dua permintaan, iaitu ke Facebook.com dan laman pihak yang mencipta aplikasi tersebut. Maklumat yang diterima pihak yang mencipta aplikasi itu ialah alamat e-mel dan kata laluan tersebut.

 
Aplikasi ini juga memaparkan butang "like" yang mendorong lebih banyak pengguna Facebook terpedaya dan berkongsinya dengan rakan-rakan yang lain.

P/s: Pokoknya, janganlah melayan sebarang aplikasi yang meminta anda "log in" ke dalam akaun anda semula.

No comments:

Post a Comment