Showing posts with label Royalti. Show all posts
Showing posts with label Royalti. Show all posts

Saturday, August 13, 2016

Ingat Isu Royalti, Ingat Pengkhianatan Umno Kepada Rakyat Terengganu

KUALA NERUS – Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menyeru seluruh rakyat, agar mengetahui dan mengingati tentang isu royalti petroleum, yang menjadi ‘ibu’ segala permasalahan dalam negeri ini.

Menurutnya, ia bermula apabila kerajaan pusat tidak melunaskan janji membayar lima peratus royalti minyak dan gas, terus kepada akaun kerajaan negeri Terengganu.

“isu ini (dapat) dilihat daripada perjanjian royalti itu sendiri (dimana pembayaran) royalti ditukar kepada ‘Wang Ehsan’ atau pun kepada ‘Dana Khas’,

“yang akhirnya rakyat Terengganu hilang nilai bayaran wajib lima peratus (sedangkan negeri) Sarawak (terus) meminta tambahan (royalti kepada) 20%,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Bengkel Isu yang diadakan di sini, semalam Khamis 11hb Ogos.

ADUN Bukit Payong itu berkata, isu terbabit berkait dengan Akta Wilayah Laut, yang diluluskan pada tahun 2012 yang telah memberikan hak hasil petroleum kepada kerajaan persekutuan.

“Hasil daripada keputusan (kelulusan) parlimen (itu sempadan) negeri Terengganu ini ruang dia sampai (hingga) 3 batu nautika (iaitu) sekitar 7 kilometer daripada pantai.

“Dan Akta ini sendiri diluluskan untuk tidak lain (dan) tidak bukan berniat jahat………. untuk menguasai petroleum Terengganu,”jelasnya.

Selain itu, menurut beliau, isu hak mendapat royalti juga adalah melebar kepada persoalan berkait medan minyak yang baru ditemui, Bertam 307 diluar pantai Kemaman.

“Perdana Menteri berjanji dengan Pahang untuk bagi RM100 juta. Kemudian, Ahmad Said mempertahankan (hak Terengganu) dalam keadaan syarikat Lundin Petroleum telah mencari gali minyak daripada Bertam ini,

“Ahmad Said mendakwa bahawa Razif telah menandatangani (menyerahkan) Bertam kepada Pahang,”katanya.

Dalam isu yang sama, menurut Ustaz Mohd Nor, perbelanjaan ‘Dana Khas’ iaitu hasil dari royalti minyak Terengganu yang diuruskan kerajaan pusat telah dibelanjakan secara ‘tidak amanah’.

“(duit) daripada Dana Khas ini, penggunaanya tidak amanah. Diguna untuk membina Lebuh Raya (Pantai Timur 2), digunakan untuk (membina) Lapangan Terbang (Sultan Mahmud),

“dan banyak lagi projek (yang sepatutnya dibawah tanggungjawab kerajaan pusat) sebagaimana diputuskan (dimaklumkan) dalam Sidang (Dewan Undangan Negeri) baru ni,”jelas beliau lagi.

Menurut beliau, wang Dana Khas yang menjadi hak rakyat Terengganu turut dibelanjakan oleh kerajaan persekutuan membiayai projek-projek yang tidak ada kaitan dengan kepentingan rakyat negeri ini.

“Termasuk (belanja) buat perumahan di negeri lain …………..guna dana khas Terengganu. Selain itu, ketidaktelusan adalah dalam menyerahkan duit kepada kerajaan negeri.

“Masa harga minyak jatuh, (bayar) ikut nilai harga minyak jatuh (tapi) semasa harga minyak 150 dollar, tidak berikan melalui ikut harga (semasa). Masa mahal, dia tak bagi (dengan harga) mahal…………. (masa harga) murah dia bagi murah,”dakwa beliau.

Isu royalti minyak, tambah beliau, juga ada kaitan dengan petroleum negeri Terengganu yang cuba hendak dicagarkan oleh pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

BuletinOnline.net

Sunday, June 16, 2013

Panas!! Sultan Kelantan Gesa PUSAT Selesai Bayaran Tunai ROYALTI PETROLEUM !!!


Isu Tuntutan Bayaran Tunai Royalti Petroleum Negeri Kelantan... 
Hari ini Tuanku Sultan Muhammad ke-V yang kita sayangi bertitah lagi...
Petikan Titah KDYMM SULTAN MUHAMMAD V Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013

Tuesday, May 28, 2013

Misteri! Tragedi ‘Double Six’ 1976 Di Sabah

doublesix1Misteri! Tragedi ‘Double Six’ 1976 Di Sabah (9 Foto) | Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang satutragedi yang dikenali dengan nama Double Six. Tragedi ini cukup menggemparkan kerana ia melibatkanmenteri-menteri di sabah maut dalam satu nahas kapal terbang. Alang-alang 6 Jun akan tiba tidak lama lagi, adalah kiranya Melayukini.net berkongsi tentang sejarah Double Six ini. 

Friday, December 14, 2012

Siapakah Pemilik Blok 307 BERTAM sebenarnya? Pahang atau Terengganu?


Sultan Ahmad minta hormati keputusan kerajaan 
KUALA LUMPUR: Sultan Ahmad Shah tidak mahu kawasan minyak di Blok PM307 Bertam diperbesarkan kerana ia sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang.

Wednesday, November 21, 2012

Anak Penasihat Petronas dapat "anugerah projek" diseret ke SPRM

KOTA BHARU: Gara-gara anak Penasihat Petronas mendapat anugerah projek carigali bernilai ratusan juta di perairan Kelantan, kumpulan anak-anak muda di sini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Friday, November 2, 2012

La!!! Isu Emas Kat Perak dan Minyak kat Perairan Pahang untuk "RAIH UNDI" ke??? +Video

Ada Minyak Kat Perairan Pahang ? Minyak ke Undi ? #pru13
Bagaimana untuk pastikan UMNO barisan nasional bertahan di negeri Pahang pilihanraya umum 13 nanti ?

Thursday, November 1, 2012

Kenapa KELANTAN di aniaya?


KELANTAN - 4 MEDAN (Dalam Perairan & Sudah Mengeluarkan Minyak dan Gas sejak 2004).

Wednesday, October 31, 2012

Tolak Royalti 20% : Ni contoh Menteri "TERLEBIH CERDIK" yg kononya berjuang unt Rakyat..


MENTERI TOLAK RAKYAT SABAH TUNTUT ROYALTI 20%.
Pak Menteri KAYA dan BINI MUDA OKLAH. Bulan-Bulan belanja ratusan RIBU.

Tu dia bila kena kat PAHANG.. Kelantan????

adnan yaakob
Pahang dijangka terima 'royalti' RM100 juta setahun

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, bukan sekadar memberi manfaat kepada negeri ini, malah dikongsi manfaatnya oleh negeri-negeri lain.

Wednesday, October 3, 2012

Royalti : Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas. +Video


Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak.

Royalti: Mahkamah Persekutuan benar Kelantan merayu


Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Sunday, September 30, 2012

Gempaq!! 10 Kerusi Parlimen BN akan Tumbang Di Sabah

 Yakin Sabah Sumbang 10 Kerusi Buat PR 
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin hari ini menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Pakatan Rakyat (PR) memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Friday, September 7, 2012

Royalti Tak Bayar, Kebas Pula Minyak Kelantan Didaratkan Di Terengganu


Kelantan dakwa gas di zon Bunga Kamelia didaratkan di Terengganu

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mendakwa gas di Blok PM301 dari zon Bunga Kamelia yang terletak berhampiran perairan negeri itu akan didaratkan di Kemaman, Terengganu.

Friday, August 10, 2012

Dah kata dah... jangan percaya sangat. Jangan tertipu dengan helah pilihan raya +Video

Logo Isu RoyaltiHakikatnya Najib dah tahu yang Kerajaan Kelantan akan tolak penal sedemikian sebab di dalam perjanjian dengan Petronas sudah jelas. Maka adalah alasan BN menyalahkan Kerajaan Kelantan... Hee.. heee... wayang cina! - MOUNTDWELLER

Wednesday, August 8, 2012

Royalti, air Kelantan: Tabiat Umno suka berbohong

Royalti, air Kelantan: Tabiat Umno suka berbohongKUALA LUMPUR- Isu royalti dan air di Kelantan membuktikan kepada rakyat bahawa Umno mempunyai tabiat suka berbohong, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Monday, August 6, 2012

Tim menteri: Akui Royalti minyak K'tan tuntutan 'sah' dan Pembohongan Najib +Video

saifuddin abdullah taylors 050812Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah memuji keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula pengagihan bayaran hasil petroleum kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan.

Sunday, August 5, 2012

Royalti: Ada Asas Untuk Kelantan Ragui Janji Najib +Video

Kota Bharu - Kerajaan Kelantan masih ragu-ragu dengan penubuhan jawatankuasa khas untuk mengkaji pembayaran royalti atau bayaran tunai petroleum yang dituntut mereka selama ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular